PILIHANKU

TAJAAN

06 Julai 2013

KLATE GOMO JUARA LIGA SUPER 2013...?

stream live kelantan vs lions xii 6 july 2013 siaran langsung kelantan vs lions xii 6 7 2013
KLATE PULIHKAN MARUAH NEGARA..!!
Ketika perlawanan bola sepak antara juara FA dengan juara Liga Super berlangsung pada malam ini, penulis berada di bandar Dungun Terengganu kerana urusan rasmi. Hampir semua gerai makan di bandar Dungun penulis jejaki untuk melihat siaran langsung perlawanan bola sepak juara lawan juara, iaitu Kelantan (Juara FA) melawan LionsXII (Juara Liga Super), namun semuanya sama ada tidak memilih channel sukan astro atau langsung tiada astro. Sedangkan perlawanan penting itu disiarkan astro melalui channel 817. Jadi kebanyakan peminat bola di Dungun hanya melihat perlawanan antara Johor DT dengan Selangor. Kecewa bukan kepalang.... masa dan minyak kereta terbuang begitu sahaja... namun akhirnya terubat juga setelah mendapat berita gembira seperti di bawah:-
  • KELANTAN VS LIONSXII: 2 - 0
  • T-TEAM VS TERENGGANU: 2 - 2
  • JOHOR DT VS SELANGOR: 1 - 1
  • PAHANG VS PKNS FC: 5 - 4 
  • ATM VS PERAK: 0 - 1
* Singapura tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan bahawa pasukannya yang terbaik, kerana terbukti Kelantan lebih baik......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan