PILIHANKU

TAJAAN

02 Julai 2013

TG. AMALIN LAWAT HRPZ II...?


KOTA BHARU 1 Julai - Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin A'ishah Putri bersama suami, Pengiran Muda Abdul Qawi berangkat melawat wad kanak-kanak di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.
Tengku Amalin yang baharu melangsungkan perkahwinan Jumaat lalu kelihatan berseri-seri di samping suami tercinta.
Adinda bongsu Sultan Muhammad V itu tiba kira-kira pukul 11 pagi dengan mengenakan busana berwarna kuning langsat, manakala suaminya pula segak berkemeja biru.
Semasa lawatan berkenaan, Tengku Amalin sempat meluangkan masa kira-kira sejam untuk beramah mesra dengan pesakit-pesakit di tiga wad kanak-kanak iaitu Wad 1, 4 dan 5.


Sumber: Utusan Online, 1/7/2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan