PILIHANKU

TAJAAN

23 Jun 2010

BOT KARAM: 14 RAKYAT INDONESIA HILANG...?

Gambar hiasan...?

1 maut, 14 hilang bot bawa 22 rakyat Indonesia karam

22/06/2010 2:09pm

TELUK KEMANG 22 Jun - Sebuah bot ‘pancung’ yang membawa 22 orang penumpang warganegara Indonesia dilaporkan karam kira-kira 12 batu nautika barat Port Dickson, berhampiran perairan Port Dickson, dekat sini pada pukul 3 pagi tadi sewaktu laut bergelora dan hujan lebat.
Dalam kejadian tersebut, seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berusia tujuh hingga lapan tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas dan mayatnya ditemui terapung oleh pasukan penyelamat pagi ini.
Sementara tujuh lagi mangsa yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 31 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada tong dan cebisan kayu kapal sebelum diselamatkan oleh sebuah kapal dagang kontena, MV Kota Raya, yang melalui perairan ini.
Kapal MV Kota Raya yang didaftar di Singapura dalam perjalanan dari Bangladesh ke Singapura.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, sehingga jam 1 petang ini, 14 orang penumpang bot berkenaan masih lagi hilang dan usaha mencari dan menyelamat sedang dilakukan di perairan ini oleh pelbagai agensi berkaitan.
“Tujuh mangsa yang selamat itu merupakan dua orang perempuan dan lima orang lelaki. Kita difahamkan bot yang karam itu dari sebuah jeti di Banting, Selangor untuk ke Dumai, Indonesia.

Sumber: Suntingan daripada Utusan Malaysia Online, 23/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan