PILIHANKU

TAJAAN

22 Jun 2010

PELAJAR PONTENG MAUT: Pendarahan jadi punca. ..?

Pelajar Tingkatan Lima maut akibat pendarahan
Oleh Adnan Mohamad

2010/06/22

 ANGGOTA polis membawa mayat pelajar   ditemui mati di sebuah resot di PCB, Kota Bharu selepas dipercayai mengalami pendarahan serius.
ANGGOTA polis membawa mayat pelajar ditemui mati di sebuah resot di PCB, Kota Bharu selepas dipercayai mengalami pendarahan serius.
Mangsa ponteng sekolah dipercayai alami keguguran

KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Lima yang ponteng sekolah, ditemui mati dalam sebuah resort dekat Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini pagi semalam, dipercayai akibat pendarahan teruk kerana keguguran. 

Mangsa, pelajar sebuah sekolah menengah di Pasir Mas, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang pekerja resort terbabit kira-kira jam 9 pagi.


Gadis terbabit dikatakan ke PCB dengan membonceng motosikal teman lelakinya yang juga pelajar sebuah sekolah di Pasir Mas, sebelum remaja lelaki itu mendaftar masuk resort berkenaan. Ketika berada dalam bilik yang ditempah, mangsa dipercayai mengalami pendarahan sebelum pengsan, menyebabkan teman lelakinya bergegas memaklumkan kejadian itu kepada pekerja resort berkenaan.

Sumber: Berita Harian Online, 22/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan