PILIHANKU

TAJAAN

10 Julai 2010

ENAM MAUT DALAM SEMINGGU SELEPAS MISI MENCARI...?

Hutan Lipur Lubuk Yu ditutup sementara...?

Enam maut akibat jangkitan leptospirosis

10/07/2010 5:55pm



MARAN - Enam penduduk kampung yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Hutan Lipur, Lubuk Yu, dekat sini dilapor meninggal dunia dalam tempoh seminggu selepas operasi itu.
Kesemua mereka yang terbabit dalam operasi bermula 26 Jun hingga 30 Jun itu meninggal dunia akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, masing-masing satu kematian dilapor pada 3 Julai, 6 Julai, 7 Julai dan 8 Julai manakala dua kematian pada 9 Julai.
"Mereka mula sakit selepas seminggu menyertai operasi itu, simptom utama adalah demam, batuk, sakit-sakit otot, cirit-birit. Empat orang meninggal di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh dan dua lagi di rumah mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai kejadian itu di sini, hari ini. - Bernama
Sumber: Kosmo! Online, 10/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan