China izin sedikit web lucah
2010/06/05
BEIJING: Halaman web pornografi dan beberapa halaman lain yang sebelum ini disekat penapis internet China kini sudah boleh ditonton, tetapi alasan terhadap perubahan dasar berkenaan belum diketahui. Beijing menggalakkan penggunaan internet untuk perniagaan dan pendidikan, tetapi cuba menghalang bahan berunsur hasutan atau lucah dan mengenakan sistem pemantauan serta penapisan web bagi membendung salah guna internet.Kerajaan berulang kali melancarkan operasi menentang pornografi online sambil menyifatkan sebagai tidak sihat dan boleh menjejaskan moral.
Sumber: Sedutan daripada Berita Harian Online, 5/6/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan