PILIHANKU

TAJAAN

12 Jun 2010

PERANG DADAH: 39 Maut di Utara Mexico...?



UNIT KHAS GEMPUR DADAH DI MEXICO

39 maut tembak menembak di utara Mexico


2010/06/12

CIUDAD JUAREZ (Mexico): Sekurang-kurangnya 39 terbunuh akibat ditembak sekumpulan penyerang di dua pekan di utara Mexico yang menurut polis ada kaitan dengan keganasan membabitkan sindiket dadah di negara itu.

Serangan di Chihuahua, menyaksikan lebih 30 lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pusat pemulihan dadah menyebabkan 19 maut manakala empat lagi cedera.


Sementara itu sekumpulan lelaki yang tidak dikenali melakukan serangan bersenjata di Madero, di negeri utara Tamaulipas.
Di Chihuahua, kumpulan lelaki bersenjata itu tiba dengan enam trak dan menyerang tingkat empat pusat pemulihan dadah Templo Cristiano Fe y Vida.

Serangan itu berlanjutan lebih 10 minit dengan penyerang melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah mangsa, demikian menurut jiran berhampiran pusat pemulihan dadah itu.

Chihuahua dikenali bandar yang terkenal dengan rangkaian sindiket dadah dengan menjadikan pusat pemulihan dadah sebagai tempat menjual dan mengedar dadah sebelum diperluaskan ke kawasan lain. - AFP
Sumber: Berita Harian Online, 12/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan