PENGENALAN:
RMK-10 dirangka dengan pelbagai pendekatan baru dalam usaha menuju ekonomi berpendapatan dan berproduktiviti tinggi.
Melalui RMK-10, Pendapatan Negara Kasar perkapita disasarkan meningkat kepada RM38,850.00 (AS$12,140) pada tahun 2015.
RMK-10 digagaskan daripada 10 idea besar yang kini diterjemahkan sebagai 10 premis utama antaranya memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.
INTI PATI RMK-10:-
- Pembinaan jalan raya berturap sepanjang 6,300 km yang memberikan faedah kepada 3.3 juta orang penduduk.
- Mass Rapid Transit (MRT) berkapasiti tinggi di Greater Kuala Lumpur sepanjang 150 km yang menampung perjalanan 2 juta orang penumpang sehari.
- Sistem pengangkutan awam darat diperluas ke bandar raya lain termasuk Johor Bahru dengan tambahan bas awam 200 buah di Pulau Pinang.
- 78,000 buah rumah mampu milik dibina dalam RMK-10.
- Umur persekolahan formal diturunkan daripada 6 tahun kepada 5 tahun pada akhir tempoh RMK-10.
- Putrajaya dan Cyberjaya dijadikan model perintis bandar hijau contoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan