Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra merupakan putera sulung kepada Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Baginda merupakan Tengku Mahkota Kelantan.
Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.
Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja sehingga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra sembuh dari kegeringan.
Pengisytiharan yang dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Aiseri Alias itu membolehkan Tengku Muhammad Faris menjalankan tugas Sultan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan