PILIHANKU

TAJAAN

12 Mei 2011

NALLAKARUPAN MALU...?

Saya malu dengan Anwar - Nalla

KUCHING 11 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pandi kutty bukan hanya menghina Perdana Menteri, bahkan turut melibatkan maruah ayahandanya yang cukup berjasa kepada negara.
Bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, beliau selaku penganut agama Hindu dan berketurunan India juga cukup malu dengan perbuatan ketua pembangkang itu yang sentiasa menampilkan imej seorang Islam yang warak.
Katanya, tindak tanduk terbaharu Anwar itu menambah satu lagi koleksi petunjuk kepada keperibadian sebenarnya selepas terpalit dengan isu rakaman video seks yang mirip wajahnya dan pertuduhan liwat.
Anwar bagaimanapun menafikan gelaran itu beliau tujukan kepada Perdana Menteri tetapi adalah untuk menggambarkan mengenai tindakan UMNO sebagai sebuah parti.
"Sesiapapun boleh main wayang tetapi perkataan yang terkeluar secara spontan itu biasanya cerminan keperibadian sebenar dan dengan saya, Anwar jangan nak main wayang pula.
"Saya (orang) India, penganut Hindu pun malu nak menggunakan perkataan itu, sepatutnya orang Islam pun begitulah terutama yang boleh menjadi imam, membaca khutbah, memberi tazkirah dan berucap sambil menyelitkan ayat al-Quran macam Anwar.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 12/5/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan