PILIHANKU

TAJAAN

08 April 2012

KES ANUAR: ADA JALAN PENYELESAIAN...?



KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam krisis  antara FAM dengan Tan Sri Annuar Musa ekoran hukuman penggantungan dua tahun setengah terhadap Timbalan Presiden FAM itu pada 4 April lalu.
Dalam reaksinya terhadap penggantungan Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Kelantan (KAFA), Tengku Abdullah turut meluahkan rasa kesal  atas apa yang berlaku.
Dalam masa yang sama, baginda melahirkan rasa simpati terhadap Annuar yang digantung tugasnya sebagai Timbalan Presiden FAM dan Presiden KAFA.
Namun apa yang membimbangkan baginda, penggantungan Annuar, yang didapati bersalah kerana membuat kenyataan media tanpa izin yang melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif 4 Februari lalu, mungkin mewujudkan keretakan dengan FAM.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/4/2012

Komen penulis: Apa untungnya FAM bertindak menghukum Anuar? Adakah tindakan itu akan memperkasakan FAM? Adakah dengan menidakkan sumbangan Anuar akan dapat memajukan bola sepak negara yang masih tercari-cari penawarnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan