Beli banglo RM1.5 juta, sewa rumah jadi stor proses syabu
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh tidak sampai tujuh bulan, sepasang suami isteri warga Iran mampu mengecapi hidup mewah, termasuk memiliki banglo bernilai RM1.5 juta di ibu negara yang dipercayai dibeli menggunakan hasil kegiatan pengedaran dadah.
Pasangan berusia 39 dan 34 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan pada Khamis dan Jumaat lalu, masing-masing di sebuah rumah teres tiga tingkat yang dipercayai dijadikan stor menyimpan pelbagai bahan kimia bagi pemprosesan syabu di Sri Hartamas dan banglo mewah di Sunway SPK Damansara, kedua-duanya di sini.
Sumber: Berita Harian Online, 27/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan