PILIHANKU

TAJAAN

05 Julai 2011

2 MAUT 2 KENDERAAN BERTEMBUNG...?

BACHOK - Dua maut dan seorang parah apabila sebuah kereta bertembung dengan sebuah van di Jalan Kandis, Kampung Air Tekok Merah, di sini, hari ini.
Pamandu van Fatimah Mat Saman, 42, dan pemandu kereta terbabit Mohd. Nor Hafiz Ahmad, 21, cedera parah di kepala dan badan dan mati di tempat kejadian.
Kejadian pada pukul 5.20 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita yang menaiki kereta bersama Mohd. Nor Hafiz cedera parah dan dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. - Bernama
Sumber: Kosmo! Online, 5/7/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan