PILIHANKU

TAJAAN

01 Disember 2011

IKHWAN MUSLIMIN DI DEPAN...?

KAHERAH 30 Nov. - Pergerakan Ikhwan Muslimin Mesir mendahului pusingan pembukaan pilihan raya Parlimen pasca revolusi pertama negara ini.
Akhbar Al-Ahram melaporkan, parti Islam yang ditubuhkan pergerakan itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) selain parti-parti pergerakan Salafi, mendahului kiraan undi di enam wilayah.
Menurut akhbar harian bebas Al-Shorouk, di Kaherah, FJP memperolehi 47 peratus undi.
Pilihan raya pada Isnin dan Selasa lalu di Kaherah, Iskandariah dan beberapa kawasan lain adalah peringkat pertama dalam pilihan raya untuk memilih anggota Dewan Rendah Parlimen.
Peringkat seterusnya akan dibuat pada bulan Disember ini dan Januari tahun depan. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 1/12/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan