PILIHANKU

TAJAAN

06 April 2012

MINYAK WANGI ALKOHOL DIHARUS...?


ALKOHOL MENGIKUT PANDANGAN ISLAM
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah memutuskan bahawa:-
  • Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol mengandungi arak. 
  • Alkohol daripada proses pembuatan arak hukumnya HARAM dan NAJIS.
  • Alkohol yang terhasil bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya TIDAK NAJIS tetapi HARAM diminum.
  • Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah HARAM diminum.
  • Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah HALAL.
  • Tapai HALAL dimakan.
  • Alkohol yang terjadi secara sampingan dalam proses pembuatan makanan TIDAK NAJIS dan boleh dimakan.
  • Ubat-ubatan dan PEWANGI yang ada kandungan alkohol adalah HARUS dan DIMAAFKAN. 

    Sumber: Fatwa Pilihan, Utusan Malaysia, 6/4/2012

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan