PILIHANKU

TAJAAN

10 Oktober 2010

BAH BESAR TAHUN INI...?

KUALA LUMPUR - Penduduk di Pantai Timur serta mereka yang bercadang mengunjungi kawasan itu diingatkan tentang kemungkinan kejadian banjir lebih besar pada musim tengkujuh bermula akhir tahun ini berbanding tahun lalu.
Kajian Jabatan Meteorologi Malaysia mendapati negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dijangka menerima taburan hujan lebih tinggi mulai bulan depan.
Timbalan Ketua Pengarah (Ramalan), Jabatan Meteorologi Malaysia, Che Gayah Ismail berkata, hujan lebat dijangka berterusan untuk beberapa hari pada musim peralihan Monsun Timur Laut dari November hingga Mac tahun depan.
Sumber: Kosmo Online, 10/10/2010

PERANCIS 2, ROMANIA 0...?

Loic Remy
Kelayakan Eropah: Perancis menang ke atas Romania 2 - 0. Gol-gol dijaringkan oleh Loic Remey (83) dan Yoann Guorcuff (90).
Keputusan lain: Israel 1, Croatia 2.

DATUK EDMUND MAUT KEMALANGAN MOTOR...?

Ahli Parlimen Batu Sapi maut

KOTA KINABALU 9 Okt. - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah (gambar), 54, terbunuh apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di sini hari ini.
Kejadian berlaku pukul 11.40 pagi ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki 750cc terbabit dalam kemalangan di Jalan Coastel Tanjung Aru-Kota Kinabalu, berhampiran Apartmen Graceville di sini.
Berikutan kemalangan itu, wakil rakyat tersebut tercampak kira-kira lima meter ke laluan bertentangan selepas dipercayai merempuh besi penghadang jalan.
Edmund dikatakan mengalami kecederaan serius di muka dan kepala berikutan kemalangan itu.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 10/10/2010

PENEMBAK EMAS NEGARA...?


WAJAH ceria Nur Suryani Mohamed Taibi (kiri) dan Nur Ayuni Halim selepas memenangi emas pada acara 10 meter air rifle berpasukan wanita di Lapang Sasar Dr. Karni Singh, New Delhi, semalam.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 10/10/2010

PMR DIHAPUSKAN 2016...?

Tiada lagi PMR pada 2016

SYDNEY 9 Okt. - Kementerian Pelajaran hari ini memutuskan tidak akan meneruskan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam formatnya sekarang tetapi diubah menggunakan format baru melalui penilaian berasaskan sekolah.
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula akan diteruskan tetapi dengan penambahbaikan bentuk dan komposisi subjek.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan format baru bagi kedua-dua peperiksaan itu akan berkuat kuasa serentak pada peperiksaan 2016.
Menurutnya, kitaran kepada perubahan dasar dalam dua peperiksaan itu akan mengambil masa enam tahun dan bermula serentak pada kohort sesi persekolahan 2011.
Muhyiddin juga tidak menolak kemungkinan satu nama baru akan menggantikan PMR pada 2016 nanti.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 10/10/2010

Komen penulis: Penilaian berasaskan sekolah ada buruknya.... nilai kesahan keputusan amat diragui. Lihat apa terjadi kepada Ujian Lisan Bahasa Melayu PMR dan SPM...?

07 Oktober 2010

KERAJAAN LANGIT....?

JERTIH: Ayah Pin atau Arifin Mohamad, pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit yang diharamkan pada 2005, kembali meneruskan kegiatannya di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13, Pasir Akar, Hulu Besut, Besut.

KESESATAN AYAH PIN:-
  • Ayah Pin turut menceritakan pengalamannya naik ke langit hingga aras ketujuh untuk meninjau keadaan syurga dan neraka serta mendakwa dia turut menyertai sesi mesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis sebelum jin dan iblis kembali ke bumi, manakala malaikat kekal di langit sejurus selepas mesyuarat berkenaan tamat. 

  • Saya dilantik sebagai wakil kerajaan langit untuk memantau keadaan di atas dunia dan ditugaskan supaya memastikan  selamat dan tiada sebarang sengketa sesama sendiri, baik yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. 
  • Semua agama di muka bumi ini adalah sama. 
Ajaran sesat Kerajaan Langit yang dibawa oleh Ayah Pin masih mendapat sambutan walaupun ternyata ajarannya sesat dan menyesatkan dan sukar diterima akal yang waras. Buktinya, sila baca petikan berita oleh akhbar Berita Harian, 7/10/2010 di bawah:-



"Antara yang hadir adalah pengikutnya dari Selangor, Pahang serta Mersing dan Batu Pahat, Johor, yang datang menaiki pelbagai kenderaan mewah termasuk Toyota Wish dan Mitsubishi Grandis. 


Pengikut ajaran itu termasuk peguam, pegawai bank, guru serta penduduk Orang Asli dari Rompin. Sejurus berdepan Ayah Pin yang hanya berseluar pendek dan memakai singlet putih, duduk di sebuah kerusi dalam warung terbabit sambil menghisap rokok. Semua pengikutnya mengangkat sembah sebanyak tiga kali sebelum melutut dan mencium tangannya. "

Sumber: Berita Harian Online, 7/10/2010

HOKI GULUNG TIKAR...?

 PEMAIN Malaysia, Baljit Singh  cuba menghalang pergerakan pemain Pakistan, Muhammad Waqas (tengah), malam tadi.
Tewas kepada Pakistan dengan jaringan 1 - 4.

Sumber: Berita Harian Online, 7/10/2010

JOSIAH NG KAYUHAN EMAS...?

Foto
EPISOD suka dan duka harus menjadi huraian tepat buat menggambarkan senario kejayaan kontinjen negara menambah satu lagi pungutan pingat emas semalam selepas Josiah Ng mengungguli final acara keirin di Kompleks Sukan Indira Gandhi, semalam.

Sumber: Berita Harian Online, 7/10/2010

PAS TAK ADA PELUANG...?

PAS miliki 48 peratus peluang untuk menang di DUN Galas

2010/10/07

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan ketika ini parti itu hanya mempunyai 48 peratus peluang untuk menang menjelang Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan yang akan diadakan pada 4 November depan. 

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengumumkan hari penamaan calon bagi DUN tersebut pada 26 Oktober dan sekiranya ada pertandingan Pilihan raya Kecil DUN Galas diadakan pada 4 November.

Sumber: Berita Harian Online, 7/10/2010

UMNO SUDAH ADA CALON...?

Setiausaha UMNO Gua Musang antara disebut calon BN

07/10/2010 11:42am

GUA MUSANG 7 Okt. – Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas pada 4 November ini.
Satu lagi nama yang timbul ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Zamzani Harun, 39.
Menurut sumber UMNO di sini hari ini, walaupun Ahli Parlimen (MP) Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada awalnya dijangka menjadi pilihan BN tetapi beliau, selaku pengarah pilihan raya kecil itu bagi BN, dipercayai lebih cenderung untuk memilih calon lain.
Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas akibat kanser pada 27 September lepas.
Penamaan calon adalah pada 26 Oktober ini, manakala pengundian adalah pada 4 November. – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online, 7/10/2010

06 Oktober 2010

BAHASA MELAYU DI TAKUK LAMA....?

Penggunaan bahasa Melayu belum membanggakan

IPOH 5 Okt. - Kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan belum dapat dibanggakan dan masih jauh daripada pencapaian yang dicatatkan pada zaman kegemilangan Melayu.
Menurut Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz, pada ketika itu, bahasa Melayu bukan sahaja dijadikan sebagai lingua franca, tetapi juga digunakan dalam semua urusan termasuk penulisan karya agung, diplomatik, pentadbiran dan undang- undang.
Namun katanya, perhatian serius yang diberikan kerajaan melalui dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) serta usaha yang diamanahkan kepada DBP untuk menyebarluaskan bahasa Melayu dapat dijadikan asas kepada pembinaan bangsa.
Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 bertemakan 1Bahasa, 1Bangsa dan 1Negara yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 6/10/2010


SUAMI DAYUS...?

SUAMI DAYUS JIKA:
  • Tidak melarang isterinya membuka aurat di khalayak;
  • Tidak memaksa isterinya mengerjakan solat;
  • Tidak mempertahankan maruah dan harga diri isteri;
  • Tidak berusaha memberikan nafkah untuk isteri dan anak-anak;
  • Tidak berusaha mendidik isteri dan anak-anak tentang agama;
  • Tidak berupaya menjadi contoh dan teladan kepada orang di bawah tanggungannya.
Penulis terpanggil untuk membicarakan isu-isu yang sudah dianggap lapuk dan remeh oleh sesetengah pihak sehinggakan perkara yang menjadi teras dan tiang agama dipandang begitu sepi dan terasing.

Jika kita merenung sejenak keadaan masyarakat Islam sekeliling pada hari ini. Rasanya tidak jauh bezanya kita dengan orang-orang bukan Islam. Sama ada dari segi pergaulan, cara berpakaian, gaya hidup dan corak pemikiran kita, menjadi sukar untuk dibezakan antara yang Islam dengan yang bukan Islam. Ada sesetengahnya pula, kita umat Islam lebih ke depan, misalnya dalam soal kes penyalahgunaan dadah, kes pembuangan bayi, kebejatan sosial dalam kalangan remaja dan sebagainya.

Hal ini demikian perlu diberikan perhatian yang benar-benar agar umat Islam tidak dipersenda kemudian hari.
Cuba lihat gelagat umat Islam kini....


Apa ke jadahnya ini...? Tengoklah ... dunia..... dah nak kiamat...!

Murahnya harga diri.... Inikah remaja Islam yang mahu dibanggakan...?






05 Oktober 2010

EMAS PERTAMA MALAYSIA....?


Amirul Hamizan Ibrahim memenangi pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Komanwel XIX, di New Delhi, semalam apabila mengungguli acara angkat berat kategori 56 kilogram dengan angkatan 257 kilogram yang juga rekod baru temasya.

Sumber: Berita Harian Online, 5/10/2010

CANGGIH BUKAN JAMINAN....?


Kapal terbang kawalan jauh Amerika sedang mengesan pejuang di Afghanistan...?

Teknologi ketenteraan Amerika dilihat dari dekat.

ANGKARA PEJUANG...?


Twenty Nato lorries destroyed in the third attack on the crucial supply route between Pakistan and Afghanistan. ( 04-Oct-2010 )

DEMI KEBENARAN...?

SIJIL NIKAH BEKAS KE BAWAH DULI AL-SULTAN


Perkahwinan antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dengan Cik Puan Elia Suhana Ahmad yang berlangsung pada 13 Zulhijjah 1428H bersamaan dengan 23 Disember 2007M ialah satu perkahwinan yang sah di sisi hukum syarak dan undang-undang.

Dalam keadaan kegeringan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra sekarang, semua pihak perlulah mengetepikan emosi masing-masing dan menumpukan seluruh perhatian mereka bagi memastikan kebajikan Baginda sentiasa berada pada tahap yang terbaik sekali gus bagi memungkinkan pemulihan Baginda berlaku dengan lebih cepat.

Komen penulis: Insya-Allah.

Sumber: Pinkturtle, wordpress.com

HAMPIR 500 RIBU DUDUKI PMR 2010...?

479,675 calon duduki PMR mulai hari ini

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Seramai 479,675 orang calon akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai hari ini hingga 12 Oktober.
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), daripada jumlah tersebut, 446,896 ialah calon dari Sekolah Bantuan Penuh, 5,069 dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera.
"Sebanyak 11,370 calon adalah dari sekolah agama tadbiran negeri, 14,756 calon sekolah swasta, 334 calon persendirian perseorangan dan 1,250 calon dari Sekolah Agama Rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut LPM, sebanyak 34,022 orang petugas di 3,499 pusat peperiksaan disediakan bagi menguruskan perjalanan PMR.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 5/10/2010

SIAPALAH KITA UNTUK BERKATA-KATA...?

Kenyataan Azmin tidak cerminkan akhlak yang baik - Muhyiddin

KOTA KINABALU 4 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang menggambarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad 'tersungkur' sebagai tidak wajar dan tidak mencerminkan nilai akhlak yang baik sebagai seorang pemimpin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan Azmin terhadap bekas Perdana Menteri itu juga menunjukkan kepimpinan PKR mengetepikan nilai kemanusiaan dan amat bercanggah dengan adab sopan rakyat negara ini.
"Kenyataan itu sebenarnya bercanggah dan tidak seharusnya timbul kerana kita patut menghormati (bekas Perdana Menteri), tak tahulah kalau itulah nilai kepimpinan PKR yang tak mahu beri penghormatan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 5/10/2010

SELAMAT MENEMPUH PMR...?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini 5 Oktober 2010 merupakan hari pertama peperiksaan PMR berlangsung dan mata pelajaran yang akan ditempuhi calon pagi ini ialah Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.

Penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menduduki PMR kepada semua calon dan selamat maju jaya.

Lakukanlah yang terbaik demi masa depan yang lebih gemilang.

Sekian.

04 Oktober 2010

REAL MADRID MENANG BESAR...?

KEPUTUSAN LIGA SEPANYOL 4/10/2010

  • Sevilla 3 :  Atletico Madrid 1 
  • Villarreal 2 : Racing Santander 0
Cristiano Ronaldo scores his first against Depor
Ronaldo menjaringkan gol untuk Real Madrid...



  • Getafe 3 : Hercules 0 
  • Barcelona 1 : Real Mallorca 1 
  • Real Madrid 6 : Deportivo La Coruna 1 

MALANG LIVERPOOL....?

Is Roy Hodgson running out of ideas at Anfield?
Liverpool manager Roy Hodgson said the 2-1 defeat at home to Blackpool was a disaster - but he will not accept his side are in a relegation battle. He said: "Their great result is our nightmare result. It is a very bad day and there is nothing I can say."

Sumber: Soccernet.espn.go.com, 4/10/2010

PEGAWAI IMIGRESEN DITANGKAP RASUAH....?

2 ditahan suap RM33,600 seminggu

SEREMBAN 3 Okt. - Dua lagi pegawai Imigresen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai 'menyeludup' pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini yang dikatakan meraih pendapatan sehingga RM33,600 seminggu.
Pegawai yang bertugas di jeti Port Dickson, dekat sini itu dikatakan mengenakan bayaran RM5,600 bagi setiap feri membawa PATI sejak empat tahun lalu. Dalam seminggu, enam feri yang setiap satu mengangkut kira-kira 70 PATI dari Dumai, Indonesia akan berlabuh di jeti Port Dickson.
Dalam tangkapan Rabu lalu itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM26,000 di pejabat salah seorang pegawai terbabit.
Kelmarin, seorang pegawai Imigresen turut ditahan kerana menjadi dalang sindiket 'menyeludup' PATI melalui jeti Pulau Ketam, Selangor.
Jurucakap SPRM negeri berkata, dua pegawai yang berusia 40-an dan 50-an itu diberkas bersama-sama seorang lelaki, kira-kira pukul 7 petang di jeti berkenaan, Rabu lalu.
Difahamkan, lelaki yang ditahan itu menjadi perantara dengan tekong feri Indonesia untuk membawa masuk PATI dari negara tersebut.
Menurut jurucakap SPRM itu, hasil intipan SPRM mendapati kedua-dua orang pegawai itu telah melakukan kegiatan tersebut sejak empat tahun lalu.
"Mereka (pegawai) menerima rasuah RM5,600 bagi setiap feri yang membawa 70 orang PATI dari Dumai, Indonesia yang ingin masuk ke negara ini," katanya di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 4/10/2010

Komen penulis: Patut pun ramai PATI, kerana ada yang jual negeri....?

CHELSEA 1, ARSENAL 0...?

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA INGGERIS (3/10/2010)

  • CHELSEA VS ARSENAL: 1 - 0
  • MANCHESTER CITY VS NEWCASTLE UNITED: 2 - 1
  • LIVERPOOL VS BLACKPOOL: 1 - 2
Adam Johnson
Adam Johnson celebrates after scoring the winning goal
Carlo Ancelotti, Ramires, Samir Nasri
Ramires holds off Samir Nasri at Stamford Bridge

03 Oktober 2010

36 MAUT ANGKARA KERETA API BERTEMBUNG...?



JAKARTA 2 Okt. – Sekurang-kurangnya 36 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas kereta api berlanggar di Petarukan Pemalang, Jawa Tengah awal pagi ini, kata pegawai bertugas dan saksi di tempat kejadian.
Insiden berlaku ketika kebanyakan penumpang sedang tidur di dalam sebuah kereta api yang berhenti di Stesen Petarukan Pemalang sebelum sebuah lagi kereta api dari Jakarta tiba-tiba melanggarnya pada pukul tiga pagi waktu Indonesia (pukul empat pagi waktu Malaysia), kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ryan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/10/2010

MAUT KEMALANGAN DI ASA JAYA...?


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan salah seorang mangsa kemalangan maut melibatkan sebuah kereta Kancil dan sebuah bas, di KM 15, Jalan Samarahan, Asa Jasa, Kuching, Sarawak, 3 Okt. Tiga orang terbunuh dalam kemalangan tersebut. - Utusan

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/10/2010