PILIHANKU

TAJAAN

07 Oktober 2010

KERAJAAN LANGIT....?

JERTIH: Ayah Pin atau Arifin Mohamad, pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit yang diharamkan pada 2005, kembali meneruskan kegiatannya di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13, Pasir Akar, Hulu Besut, Besut.

KESESATAN AYAH PIN:-
  • Ayah Pin turut menceritakan pengalamannya naik ke langit hingga aras ketujuh untuk meninjau keadaan syurga dan neraka serta mendakwa dia turut menyertai sesi mesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis sebelum jin dan iblis kembali ke bumi, manakala malaikat kekal di langit sejurus selepas mesyuarat berkenaan tamat. 

  • Saya dilantik sebagai wakil kerajaan langit untuk memantau keadaan di atas dunia dan ditugaskan supaya memastikan  selamat dan tiada sebarang sengketa sesama sendiri, baik yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. 
  • Semua agama di muka bumi ini adalah sama. 
Ajaran sesat Kerajaan Langit yang dibawa oleh Ayah Pin masih mendapat sambutan walaupun ternyata ajarannya sesat dan menyesatkan dan sukar diterima akal yang waras. Buktinya, sila baca petikan berita oleh akhbar Berita Harian, 7/10/2010 di bawah:-



"Antara yang hadir adalah pengikutnya dari Selangor, Pahang serta Mersing dan Batu Pahat, Johor, yang datang menaiki pelbagai kenderaan mewah termasuk Toyota Wish dan Mitsubishi Grandis. 


Pengikut ajaran itu termasuk peguam, pegawai bank, guru serta penduduk Orang Asli dari Rompin. Sejurus berdepan Ayah Pin yang hanya berseluar pendek dan memakai singlet putih, duduk di sebuah kerusi dalam warung terbabit sambil menghisap rokok. Semua pengikutnya mengangkat sembah sebanyak tiga kali sebelum melutut dan mencium tangannya. "

Sumber: Berita Harian Online, 7/10/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan