PILIHANKU

TAJAAN

24 Mei 2011

ZIARAH MANGSA TANAH RUNTUH...?


23 MEI 2011: Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil (kiri) menziarahi mangsa tanah runtuh, Khairul Anuar di Hospital Ampang, Selangor. - Utusan/AMIN FARIJ HASAN

Sumber: Utusan Malaysia Online, 24/5/2011

22 Mei 2011

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT...?

10 MAUT, 10 LAGI MASIH TERTIMBUS...?



KUALA LUMPUR 21 Mei - Seorang lagi mangsa tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat meninggal dunia di Hospital Ampang malam ini.
Penghuni lelaki itu adalah antara sembilan mangsa yang cedera yang dikeluarkan daripada runtuhan itu petang ini.
Ini menjadikan jumlah yang maut dalam kejadian itu sehingga pukul 10 malam ini ialah enam orang.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang ini, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah yang meranapkan khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.
Sehingga kini, seramai 10 lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.
Operasi mencari dan menyelamat oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diteruskan sehingga semua mangsa ditemui. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online, 22/5/2011

20 Mei 2011

KLATE KUASAI TAKHTA LIGA SUPER...?


KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 19/5/2011:-

  • FELDA UNITED VS KELANTAN: 1 - 3
  • NEGERI SEMBILAN VS JOHOR FC: 2 - 1
  • HARIMAU MUDA A VS TERENGGANU: 1 - 2
  • PAHANG VS KUALA LUMPUR: 0 - 2
  • T-TEAM VS SELANGOR: 2 - 1
  • PERAK VS SABAH: 1 - 1

18 Mei 2011

SENYUMAN SYUHADA...?


Keadaan mayat seorang pejuang Palestin yang mati syahid di jalan Allah. Kelihatan bukan seperti mayat biasa, sebaliknya wajah penuh senyuman kerana mendapat perkhabaran gembira daripada Allah Yang Maha Kuasa....!!

TENTERA MASA DEPAN...?

TARIKAN GAJAH BETINA...?


17 MEI 2011: Dua ekor gajah betina digunakan bagi membantu memindahkan seekor gajah jantan liar (kiri) yang ditangkap minggu lalu ke Taman Negara, di Kampung Bukit Kepang, Machang, Kelantan. - Utusan/ZUHARMAN MOHD NOR

Sumber: Utusan Malaysia Online, 17/5/2011

LAUTAN KENDERAAN...?


18 Mei 2011. Kenderaan ke Petaling Jaya terperangkap dalam kesesakan selepas kerajaan mansuhkan kutipan tol di Lebuh raya Hubungan Timur-Barat (Metramac). - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online, 18/5/2011

MAUT SEMPENA HARI GURU...?

KEMAMAN - Kegembiraan dua orang guru lelaki yang pergi mandi-manda di Pantai Penunjuk, Kijal di sini sempena cuti Hari Wesak dan sambutan Hari Guru berakhir tragedi apabila mereka ditemui lemas semalam.
Kejadian pukul 10.30 pagi itu menyebabkan Mohd. Anuar Harun, 28, dari Marang dan Md. Iskandar Arif, 26, dari Muar meninggal dunia selepas gagal diselamatkan daripada lemas ketika mandi di situ.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila salah seorang mangsa cuba membantu rakannya yang lemas sebelum kedua-duanya tenggelam di laut. Mereka ke situ tanpa ditemani guru-guru lain.
Mohd. Anuar mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Agama Islam manakala Md. Iskandar merupakan guru J-Qaf. Kedua-dua mereka bertugas di Sekolah Kebangsaan Kijal.
Sehari sebelum kejadian, Mohd. Anuar dikatakan telah menyanyikan lagu Andainya Aku Pergi Duludendangan Alleycats ketika menyambut Hari Guru di sekolah itu yang seolah-olah menjadi petanda ajalnya bakal tiba.
Perubahan sikap Md. Iskandar daripada seorang yang ceria kepada guru yang murung dengan hanya duduk di kerusi ketika sambutan hari berkenaan turut dikatakan petanda awal dia akan menemui ajal.
Sumber: Kosmo! Online, 18/5/2011

16 Mei 2011

KEGANASAN DI IRAQ...?

BAGHDAD 16 Mei - Tiga sekeluarga dan dua yang lain terbunuh dalam keganasan ibu negara dan utara Iraq, termasuk siri serangan roket di Baghdad, kata pegawai tentera semalam.
Menurut pegawai Kementerian Dalam Negeri, kumpulan bersenjata beruniform polis menyerang satu keluarga di daerah Baraa yang terletak di barat daya Baghdad dan membunuh tiga orang, tanpa diketahui motif sebenar pembunuhan itu.
Katanya, seorang lagi terbunuh manakala 12 yang lain cedera dalam sembilan serangan roket di ibu negara, termasuk lima serangan ke atas Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Parlimen yang terletak di kubu kuat Zon Hijau.
Sementara di Tikrit, utara Baghdad, seorang pegawai agensi cukai terbunuh manakala dua pegawai yang lain cedera apabila sebuah bom yang diletakkan pada kereta yang mereka diletupkan, kata pegawai polis di bandar ini. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 16/5/2011

LIVERPOOL TEWAS DI GELANGGANG SENDIRI...?

KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS 15/5/2011:-

  • ARSENAL VS ASTON VILLA: 1 - 2
  • LIVERPOOL VS TOTENHAM HOTSPUR: 0 - 2
  • CHELSEA VS NEWCASTLE: 2 - 2
  • BIRMINGHAM VS FULHAM: 0 - 2
  • WIGAN VS WEST HAM: 3 - 2

12 Mei 2011

NALLAKARUPAN MALU...?

Saya malu dengan Anwar - Nalla

KUCHING 11 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pandi kutty bukan hanya menghina Perdana Menteri, bahkan turut melibatkan maruah ayahandanya yang cukup berjasa kepada negara.
Bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, beliau selaku penganut agama Hindu dan berketurunan India juga cukup malu dengan perbuatan ketua pembangkang itu yang sentiasa menampilkan imej seorang Islam yang warak.
Katanya, tindak tanduk terbaharu Anwar itu menambah satu lagi koleksi petunjuk kepada keperibadian sebenarnya selepas terpalit dengan isu rakaman video seks yang mirip wajahnya dan pertuduhan liwat.
Anwar bagaimanapun menafikan gelaran itu beliau tujukan kepada Perdana Menteri tetapi adalah untuk menggambarkan mengenai tindakan UMNO sebagai sebuah parti.
"Sesiapapun boleh main wayang tetapi perkataan yang terkeluar secara spontan itu biasanya cerminan keperibadian sebenar dan dengan saya, Anwar jangan nak main wayang pula.
"Saya (orang) India, penganut Hindu pun malu nak menggunakan perkataan itu, sepatutnya orang Islam pun begitulah terutama yang boleh menjadi imam, membaca khutbah, memberi tazkirah dan berucap sambil menyelitkan ayat al-Quran macam Anwar.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 12/5/2011

11 Mei 2011

APA NOK KATO...?

pelik tapi benar
Sebelum pergi solat Jumaat, sempat juga cuba nasib...!

Tok Sami pun sembahyang...?

HARGA GULA NAIK LAGI...?


Mungkinkah harga minuman akan kekal apabila harga gula naik sebanyak 20 sen sekilogram?

Sumber: Utusan Malaysia Online, 11/5/2011

KLATE SERI 0 - 0...?



Kelantan gagal mengekalkan penguasaan takhta Liga Super apabila seri tanpa jaringan ketika berkunjung ke Negeri Sembilan kelmarin. Takhta Liga Super kini diambil alih oleh Selangor dengan mengumpulkan 42 mata berbanding Kelantan, 40 mata daripada 19 perlawanan.

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 10/5/2011:-
  • NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN: 0 - 0

10 Mei 2011

GENG NENEK...?



DETROIT, Amerika Syarikat (AS) - Polis memburu sekumpulan wanita yang memakai topi mencuri kad kredit dan wang tunai yang dianggarkan berjumlah hampir AS$500,000 (RM1.49 juta) di Michigan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan yang terdiri daripada wanita yang digelar nenek itu mencuri dompet dan beg duit mengandungi kad kredit yang kemudian digunakan untuk membiayai kos membeli-belah mereka.
Menurut polis, wanita itu melakukan perbuatan tersebut sejak hampir setahun lalu.
Seramai enam wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti itu.
Menurut seorang pegawai polis, Leftenan Luke Riley kepada akhbar Detroit Free Press, wanita tersebut berusia pertengahan umur.
Rakaman kamera keselamatan merakamkan beberapa gambar wanita itu yang ada di antara mereka memakai topi berwarna biru, hitam dan putih. - Agensi
Sumber: Kosmo! Online, 10/5/2011

MANUSIA TAHUN 3000...?








SELANGOR JUARA SEMENTARA...?

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 9/5/2011:-

  • KEDAH VS SELANGOR: 0 - 2
  • JOHOR FC VS TERENGGANU: 2 - 1
  • HARIMAU MUDA A VS PERAK: 1 - 1
  • T-TEAM VS FELDA UNITED: 2 - 0

BANGLO TENGKU ADNAN DIJILAT API...?


8 MEI 2011: Keadaan tingkat atas rumah milik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang terbakar di Jalan Duta, Kuala Lumpur. - Utusan/RASHID MAHFOF

Sumber: Utusan Malaysia Online

04 Mei 2011

KELANTAN KUASAI TAKHTA LIGA SUPER...?

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 3/5/2011:-

  • JOHOR FC VS KELANTAN: 0 - 1
  • PAHANG VS FELDA UNITED: 0 - 0
  • NEGERI SEMBILAN VS PERAK: 3 - 1
  • KUALA LUMPUR VS SELANGOR: 1 - 3
  • TERENGGANU VS PERLIS: 3 - 1
  • KEDAH VS SABAH: 1 - 1

03 Mei 2011

OSAMA TERBUNUH...?

WASHINGTON 2 Mei – Pemimpin rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden maut dalam satu operasi ketenteraan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Pakistan, sekali gus menamatkan pemburuan selama 10 tahun yang dilancarkan AS terhadap perancang serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/5/2011

PERKAHWINAN DIRAJA...?

In this image taken from video, Britain's Prince ...
Prince William heading back to work after wedding
Expat Brits drink to Wills and Kate in Dordogneshire ...

01 Mei 2011

SERANGAN BOM DI MOSUL...?

MOSUL 1 Mei – Seramai lapan orang terbunuh dan 19 lagi cedera dalam satu serangan berani mati di tempat pemeriksaan tentera di bandar Mosul, Iraq semalam.
Polis wilayah Nineveh, Leftenan Kolonel Mahmoud al-Jibouri berkata, mangsa yang terbunuh adalah lima orang anggota tentera dan tiga orang penduduk awam, sementara dua lagi anggota tentera turut cedera.
Sumber hospital turut mengesahkan angka itu dan memberitahu serangan berlaku di sebuah pasar popular di timur Mosul, kira-kira 390 kilometer ke utara Baghdad. – REUTERS

Sumber: Utusan Malaysia Online, 1/5/2011

REAL MADRID DAN BARCELONA TEWAS...?

Barca's Xavi Hernandez looks dejected after losing to Real Sociedad
KEPUTUSAN LA LIGA SEPANYOL 30/4/2011:-
  • REAL MADRID VS REAL ZARAGOZA: 2 - 3
  • REAL SOCIEDAD VS BARCELONA: 2 - 1
  • DEPORTIVO VS ATLETICO: 0 - 1

CHELSEA 2, TOTTENHAM 1...?

Salomon Kalou
KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA PERDANA INGGERIS 30/4/2011:-
  • BLACKBURN VS BOLTON: 1 - 0
  • BLACKPOOL VS STOKE: 0 - 0
  • SUNDERLAND VS FULHAM: 0 - 3
  • WEST BROM VS ASTON VILLA: 2 - 1
  • WIGAN VS EVERTON: 1 - 1
  • CHELSEA VS TOTTENHAM: 2 - 1

KLATE RAMPAS TAKHTA LIGA SUPER...?

Kelate.Net | Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan
KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 30/4/2011:-

  • KELANTAN VS KUALA LUMPUR: 2 - 0
  • T-TEAM VS PAHANG: 0 - 0
  • FELDA UNITED VS NEGERI SEMBILAN: 2 - 2
  • PERLIS VS HARIMAU MUDA A: 1 - 3
  • JOHOR FC VS SABAH: 3 - 0
Jaringan ketua pasukan Mohd. Badri Radzi pada minit ke-24 dan S. Chanturu pada minit ke-79 memastikan skuad Datuk M. Karathu sama 33 mata dengan Selangor.
Namun, Kelantan yang turut memintas pasukan di tangga kedua Terengganu, memintas Selangor berdasarkan jumlah jaringan gol. kelebihan jaringan.