PILIHANKU

TAJAAN

26 September 2010

MAHATHIR: JANGAN GADAI HAK ORANG MELAYU...?



PASIR MAS 25 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin-pemimpin Melayu termasuk dari parti pembangkang supaya tidak menggadaikan hak-hak orang Melayu semata-mata hendak mendapat tempat dan ingin menjadi Perdana Menteri.
Sambil menyuarakan rasa sedih dan bimbang dengan senario tersebut, bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan sedemikian akan hanya menyebabkan anak-anak, cucu-cicit mereka hidup dalam negara seperti Singapura dengan tidak mendapat sebarang jawatan dan kemudahan, bahkan tidak boleh bercakap langsung mengenai bangsa sendiri.
“Itu mungkin menjadi nasib kita apabila kita menjadi orang yang tidak ada kuasa politik sama sekali yang duduk di bawah telunjuk orang lain dan mereka tidak boleh mencari perlindungan daripada kerajaan.
“Sebab itulah orang Melayu patut sedar supaya mereka tidak berpecah-belah kerana tamak hendak dapat jawatan, nak jadi Perdana Menteri umpamanya.
“Jangan tamak, orang yang tamak akan hilang segala-galanya. Sepatutnya orang Melayu bersatu-padu dan menyokong apa yang baik bagi kaum mereka, bukan nak tolak kaum lain, bukan nak rampas kaum lain.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 26/9/2010

FINAL TERBUKA JEPUN: CHONG WEI BERTEMU LIN DAN...?

CHONG Wei beraksi menentang Boonsak dalam saingan  separuh akhir Terbuka Jepun di Tokyo, semalam. Chong Wei menang 
21-13, 21-18.
CHONG Wei beraksi menentang Boonsak dalam saingan separuh akhir Terbuka Jepun di Tokyo, semalam. Chong Wei menang 21-13, 21-18.
Lawan Chong Wei di pentas final hari ini ialah musuh ketatnya, Lin Dan dari China yang menewaskan jaguh Eropah, Peter Gade dari Denmark, 21-11, 21-19, sekali gus memberi peluang kepada pemain nombor satu dunia itu menebus aib tewas kepada Lin Dan di saingan Piala Thomas, Mei lalu. 

Beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut ke perlawanan akhir selepas menundukkan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Bona Septano 21-19, 21-13 dan berdepan pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng yang meranapkan impian mereka di Paris. 

Sumber: Berita Harian Online, 26/9/2010

CHELSEA TEWAS 0 - 1...?

Carlos Tevez is living up to his billing of City captain
After handing Chelsea the title on Friday, Roberto Mancini watched his Manchester City side promptly snatch it away again as Carlos Tevez's second-half strike ended the champions' 100% record with a 1-0 win.
KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA INGGERIS 25/9/2010  
  • MAN. CITY VS CHELSEA: 1 - 0
  • ARSENAL VS WEST BROM: 2 - 3
  • BLACKPOOL VS BLACKBURN: 1 - 2
  • LIVERPOOL VS SUNDERLAND: 2 - 2
  • FULHAM VS EVERTON: 0 - 0
  • WEST HAM VS TOTTENHAM: 1 - 0
  • BIRMINGHAM VS WIGAN: 0 - 0

25 September 2010

SEPERTI BERADA DI NEGERI CHINA....?

PEMANDANGAN UNIK MASJID BEIJING





Masjid Jubli Perak Sultan Yahya Petra - Amirez.com
Penulis pertama kali singgah menunaikan solat Asar di masjid Beijing, Rantau Panjang pada 21 September 2010 ketika dalam perjalanan balik daripada menziarahi sepupu yang meninggal dunia.
Pertama sekali yang penulis katakan tentang masjid ini ialah 'cantik dan unik seni binanya', seolah-olah kita telah  berada di bumi China...? 100% menjanjikan kelainan dan pengalaman baru yang mesti dikunjungi jika berkunjung ke Kelantan D.N.

PENDEKAR LENGKAPKAN SISTEM PERTAHANAN...?

SebAhAGiAN anggota Rejimen ke-11 Kor Armor Diraja pada majlis ulang tahun ke-58 di Kem Tuanku Syed Sirajuddin Gemas.
DERUMAN enjin puluhan kereta kebal tempur utama (MBT) PT-91M atau lebih dikenali sebagai Pendekar yang menyertai perbarisan di Kem Tuanku Syed Sirajuddin, Gemas, menimbulkan perasaaan gerun kepada tetamu awam yang hadir. 
Perbarisan 44 unit aset persenjataan berat darat terbaru TD itu dengan diiringi beberapa kereta perisai Adnan serta 21 pegawai dan 370 anggota pangkat lain dipamerkan pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Kor Armor Diraja ke-58 dan Pengisytiharan Pengoperasian Rejimen ke-11 Kor Armor Diraja, baru-baru ini. 
ANALISIS ASET:-
  • Hampir 62 buah PT-91M telah diperoleh
  • Pendekar seberat 45 tan dan mampu bergerak dengan kelajuan 70 km sejam
  • Mampu menembak sasaran sejauh 27 km dengan meriam 125 milimeter
  • Mampu menembak dalam keadaan bergerak dan meriam berpusing automatik menghadap musuh dalam beberapa saat
  • Mampu bergerak di dalam air
  • Memiliki sistem pertahanan yang boleh bertahan jika diserang senjata berat musuh.


Sumber: Berita Harian Online, 25/9/2010

PERMOHONON KEMASUKAN MRSM 2011...?

MRSM buka permohonan kemasukan Isnin ini

2010/09/24


KUALA LUMPUR: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan membuka pengambilan pelajar tingkatan empat sesi 2011 bermula Isnin ini, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Ibrahim Ahmad. 



Beliau berkata, sebanyak 3,232 tempat disediakan di 43 MRSM seluruh negara.


"Permohonan boleh dibuat secara talian dengan percuma," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ibrahim berkata, pemohon perlu mendapatkan no. PIN daripada semua pejabat Mara atau MRSM berdekatan dengan membawa salinan keputusan peperiksaan percubaan PMR.
Antara syarat kemasukan minimum ialah:-
  • Lulus PMR dengan sekurang-kurangnya 6A;
  • Mendapat pangkat A bagi subjek Sains dan Matematik;
  • Terbuka kepada semua pelajar kecuali pelajar SBP.


TENTERA LAUT ISRAEL BUNUH NELAYAN PALESTIN...?



A Palestinian fisherman has been shot dead by the Israeli navy off the Gaza Strip.
"Fisherman Mohammed Bakr died by a bullet by the Israeli navy today in the sea north of the Gaza Strip," Adham Abu Selmiya, heading the Palestinian territory's medical services, said on Friday.
An Israeli military spokeswoman said the fisherman was in restricted waters "heading towards Israel".
"Troops ordered him to turn back. As he refused to obey they fired warning shots and then shot towards his boat," she said.

Sumber: Aljazeera.Net, 25/9/2010

24 September 2010

PASUKAN PILIHAN TERKELUAR...?

English Carling Cup Round 3
DATEHomeSCOREOPPONENT
09/21Birmingham3 - 1Milton Keynes Dons
09/21Brentford1 - 1Everton
09/21Burnley1 - 0Bolton Wanderers
09/21Millwall1 - 2Ipswich Town
09/21Peterborough United1 - 3Swansea City
09/21Portsmouth1 - 2Leicester City
09/21Stoke City2 - 0Fulham
09/21Sunderland1 - 2West Ham United
09/21Tottenham Hotspur1 - 4Arsenal
09/21Wolverhampton Wanderers4 - 2Notts County
09/22Aston Villa3 - 1Blackburn Rovers
09/22Chelsea3 - 4Newcastle United
09/22Scunthorpe United2 - 5Manchester United
09/22Wigan Athletic2 - 1Preston North End
09/22Liverpool2 - 2Northampton Town
09/22West Bromwich Albion2 - 1Manchester City
Liverpool, Chelsea, Manchester City terkeluar daripada saingan Piala Carling.
LONDON - Liverpool terkeluar daripada saingan bola sepak Piala Liga selepas diaibkan oleh kelab divisyen empat, Northampton Town manakala Chelsea dan Manchester City melengkapkan malam penuh kejutan, semalam apabila turut tersingkir.
Satu lagi kejutan besar hadir di Stamford Bridge, di mana Chelsea tumpas 3-4 kepada Newcastle, pasukan pertama menewaskan skuad Blues musim ini.
Kehadiran semula ketua pasukan, John Terry tidak banyak membantu, begitu juga dengan jaringan awal Patrick van Aanholt pada minit keenam.
Dalam satu lagi kejutan, West Bromwich Albion meningkatkan tekanan ke atas bos Manchester City, Roberto Mancini selepas menundukkan kelab yang berbelanja besar 2-1 di Hawthorns.

Sementara itu, Manchester United dipaksa bangkit daripada ketinggalan sebelum mengetepikan kelab bermasalah, Scunthorpe 5-2. - AFP
Sumber: Utusan Malaysia Online, 24/9/2010

BENDERA TAK ADA KERJA...?

Abaikan Bendera, mereka tidak mungkin bertindak'

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) hanya pandai mengancam Malaysia tetapi tidak berani untuk melakukan tindakan yang dilaung-laungkan mereka.

Sehubungan itu, Konsul Penerangan Sosial dan Budaya Kedutaan Indonesia di sini, Widyarka Ryananta berharap rakyat Malaysia mengabaikan ancaman berkenaan kerana Bendera tahu mereka tidak akan terlepas daripada undang-undang jika benar-benar bertindak.

Katanya, rakyat negara ini boleh menyaksikan sendiri bahawa semua ancaman yang dibuat Bendera sebelum ini tidak pernah dizahirkan termasuklah rancangan untuk menawan Malaysia pada 8 Oktober tahun lalu.
"Abaikan Bendera, mereka hanya berani menyampaikan ancaman sahaja dan tidak mungkin bertindak.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 24/9/2010

MELAYU LENYAP JIKA PEMBANGKANG MENANG PRU 13...?

Melayu hilang kuasa

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.
Kata beliau, ini terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.
“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.
“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia ialah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.
Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata demikian dalam wawancara khas dipetik daripada laman web www.umno-online.com yang disiarkan hari ini.
Dr. Mahathir menambah, walaupun Nizar yang mewakili Pas ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.
Sementara itu menurutnya, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan ‘dikhaskan’ buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin.
“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut mengkritik hala tuju parti pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana dilihat tidak ikhlas memperjuangkan kemahuan rakyat selain hanya mahu merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 24/9/2010

23 September 2010

AGI HIDUP AGI NGELABAN...?

Rejimen Renjer Diraja.jpg

Rejimen Renjer DiRaja (singkatan RRD) ialah salah satu pasukan tempur infantri  dalam Tentera Darat Malaysia. Pasukan ini terkenal dengan cogan kata "Agi Hidup Agi Ngelaban" yang berasal daripada Bahasa Iban yang bermaksud "Selagi Ada Hayat, Selagi Itulah Berjuang". Cogan kata ini berasal daripada motto keluarga Brooke iaitu "Whilst there is life, there is fight" dan digunakan oleh Sarawak Rangers. Cogan kata "Agi Hidup Agi Ngelaban" dianggap sebagai keramat bagi bekas-bekas pegawai dan anggota Renjer kerana  telah banyak menyemarakkan semangat mereka apabila bertempur dengan musuh.
Sepertimana Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Kor Armor DiRaja, Rejimen Renjer Malaysia merupakan elemen tempur Tentera Darat Malaysia. Walaupun usia sebagai Rejimen dalam Tentera Darat Malaysia adalah lebih muda daripada Rejimen Askar Melayu DiRaja, namun keberanian dan semangat kepahlawanan anggota Rejimen Renjer sebagai pasukan barisan hadapan pertahanan negara adalah amat digeruni oleh pihak musuh.
RRD ialah rejimen yang kedua terbesar dalam Tentera Darat. Rejimen ini merupakan satu rejimen yang amat unik di mana dianggotai oleh pelbagai kaum dan agama. Pada awalnya, rejimen ini secara majoritinya dianggotai oleh kaum pribumi Sabah dan Sarawak dan beberapa orang pegawai British. Semenjak  itu, keanggotaan rejimen telah dibuka kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kehadiran kaum pribumi memberikan identiti tersendiri bagi Rejimen Renjer DiRaja dan menjadikan  kaya dengan pelbagai kebudayaan yang tidak terdapat dalam rejimen-rejimen lain.
Lencana RRD

KERJASAMA MALAYSIA-BRUNEI...?


Najib Tun Razak menyambut Sultan Hassanal Bolkiah semasa ketibaan Sultan Brunei itu di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. – BERNAMA

PUTRAJAYA, 22 Sept – Malaysia dan Brunei bersetuju bahawa wujud potensi baik bagi kerjasama masa depan antara kedua-dua buah negara khususnya menjangkaui Blok CA1 dan Blok CA2 di Kawasan Aturan Komersial (CAA) serta melibatkan negeri Sabah dan Sarawak.
Perjanjian ini dicapai pada Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei ke-14 antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Seri Perdana di sini malam tadi.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini, kerjasama masa depan itu turut melibatkan kemungkinan usahasama dengan negara ketiga dalam cari gali dan eksploitasi minyak dan gas serta pembangunan industri hiliran.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/9/2010

PEMBUNUH SYAFIAH HUMAIRA KE TALI GANTUNG...?

DERA KE TALI GANTUNG...?


SHAH ALAM 22 Sept. – Tujuh bulan selepas Syafiah Humaira Sahari, 3, mati akibat ditendang dan dipijak, pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil hari ini dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh kanak- kanak itu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohtarudin Baki memutuskan demikian hari ini selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan melalui saksi-saksinya termasuk tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes itu.
Mohd. Fazli yang menerima hukuman mati sebagai ‘hadiah’ hari lahir ke-28 tahun hari ini dilihat bersahaja sebaik sahaja mendengar hukuman itu.
Dia masih sempat melemparkan senyuman kepada ahli keluarga dan saudara-mara yang hadir mengikuti prosiding.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/9/2010

AKTIVIS INDONESIA TAK ADA KERJA...?

Penulis bangga menjadi rakyat Malaysia...

Protes isu penderaan: Demonstrasi anti-Malaysia kembali

22/09/2010 7:52pm


JAKARTA 22 Sept. – Setelah menyepi sejak dua hari menjelang Aidilfitri baru-baru, kumpulan aktivis masyarakat Indonesia pada Rabu kembali mengadakan demonstrasi anti-Malaysia dengan kali ini membawa isu pembantu rumah dari negara itu yang disIksa dan diperkosa oleh majikan Malaysia.
Dalam cuaca hujan yang lebat dan renyai hari ini, demonstrasi berkonvoi 150 motosikal itu membabitkan kira-kira 300 penunjuk perasaan dari beberapa kumpulan aktivis yang menamakan diri “aliansi pemuda pemudi anti-Malaysia” dengan didominasi anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).
Dua lagi kumpulan yang turut serta ialah Gerakan Pemuda Daerah dan Relawan Prodemokrasi.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/9/2010

Komen penulis: Kita pun menentang kezaliman dan yang salah pasti dihukum...?

22 September 2010

BENCANA MATAHARI 2013...?


GAMBAR fail yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan nyalaan api di matahari pada 8 September lalu.
LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara kesan ketara fenomena itu ialah:-
  • memutuskan bekalan elektrik di bumi;
  • mengganggu komunikasi satelit;
  • menjejaskan perkhidmatan penerbangan;
  • merosakkan sistem kewangan dan komunikasi radio di bumi;
  • nyalaan yang besar juga akan menghasilkan radiasi yang tinggi dan akan mewujudkan ribut magnetik yang boleh merosakkan peralatan teknologi manusia;
Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. - Agensi

Sumber: Utusan Malaysia Online, 22/9/2010

TALIBAN TEMBAK JATUH HELIKOPTER NATO...?

Nine foreign troops have been killed in a helicopter crash in northwestern Afghanistan, the International Security Assistance Force (Isaf) has said.
US defence officials told Reuters that all of the Nato troops killed in Tuesday's crash were Americans.
Four others were also injured, including two Nato troops, an Afghan soldier and a US civilian.
The Taliban claimed to have shot down the helicopter, but Nato said there were "no reports of enemy fire in the area".

At least 529 foreign troops have been killed so far this year in Afghanistan.

Sumber: Aljazeera.Net, 22/9/2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA CARLING...?

September 22, 2010 (PUSINGAN KE-4)

Brentford 1-1 (4-3 pen) Everton