PILIHANKU

TAJAAN

23 September 2010

KERJASAMA MALAYSIA-BRUNEI...?


Najib Tun Razak menyambut Sultan Hassanal Bolkiah semasa ketibaan Sultan Brunei itu di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. – BERNAMA

PUTRAJAYA, 22 Sept – Malaysia dan Brunei bersetuju bahawa wujud potensi baik bagi kerjasama masa depan antara kedua-dua buah negara khususnya menjangkaui Blok CA1 dan Blok CA2 di Kawasan Aturan Komersial (CAA) serta melibatkan negeri Sabah dan Sarawak.
Perjanjian ini dicapai pada Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei ke-14 antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Seri Perdana di sini malam tadi.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini, kerjasama masa depan itu turut melibatkan kemungkinan usahasama dengan negara ketiga dalam cari gali dan eksploitasi minyak dan gas serta pembangunan industri hiliran.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan