PILIHANKU

TAJAAN

26 September 2010

FINAL TERBUKA JEPUN: CHONG WEI BERTEMU LIN DAN...?

CHONG Wei beraksi menentang Boonsak dalam saingan  separuh akhir Terbuka Jepun di Tokyo, semalam. Chong Wei menang 
21-13, 21-18.
CHONG Wei beraksi menentang Boonsak dalam saingan separuh akhir Terbuka Jepun di Tokyo, semalam. Chong Wei menang 21-13, 21-18.
Lawan Chong Wei di pentas final hari ini ialah musuh ketatnya, Lin Dan dari China yang menewaskan jaguh Eropah, Peter Gade dari Denmark, 21-11, 21-19, sekali gus memberi peluang kepada pemain nombor satu dunia itu menebus aib tewas kepada Lin Dan di saingan Piala Thomas, Mei lalu. 

Beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut ke perlawanan akhir selepas menundukkan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Bona Septano 21-19, 21-13 dan berdepan pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng yang meranapkan impian mereka di Paris. 

Sumber: Berita Harian Online, 26/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan