PILIHANKU

TAJAAN

10 Jun 2010

KUIH TAHI ITIK: Nama pelik tapi sedap...?

Kuih tahi itik

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan putih telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.
Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala mas atau kuih pauh dilayang, kerana kedua-dua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur.
Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.
Kuih tahi itik biasanya tidak banyak dijual secara meluas dan kerana pembuatannya bergantung kepada ada putih telur atau tidak yang biasanya merupakan sisa dari penyediaan kuih jala mas dan seperti dengannya. Kuih tahi itik biasa boleh didapati di pasarpasar minggu, dan pasar tani pada bulan-bulan tertentu seperti bulan Ramadan.

1 ulasan:

  1. salam..jika ada mana2 penjual kuih tahi itik yang menyediakan khidmat pengahantaran negeri ke negeri, saya ingin memesan untuk kegunaan sendiri. tolong laaa..

    BalasPadam