PILIHANKU

TAJAAN

08 September 2010

PEMIMPIN MELAYU GAGAL PERJUANG NASIB MELAYU....?

Dedah status tanah Melayu di P. Pinang

PULAU PINANG 7 Sept. - Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) menggesa kerajaan negeri mendedahkan semua senarai tanah dan harta yang dianugerahkan untuk kepentingan kaum bumiputera di negeri ini.
Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, gesaan itu dibuat kerana mereka tidak mahu lagi tanah dan harta orang Melayu yang diamanahkan terus 'lenyap' dan tidak diketahui statusnya.

Sehubungan itu, katanya, Pemenang akan menghantar permohonan tersebut kepada Unit Penyertaan Bumiputera Jabatan Perdana Menteri berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
''Kegagalan orang Melayu di Pulau Pinang adalah kerana pemimpin Melayu yang diberi amanah itu sendiri telah gagal sebab mereka ini mementingkan agenda sendiri daripada memperjuangkan nasib orang Melayu.
''Jadi, kami tidak akan bertolak ansur lagi dalam perkara macam ini, kita dah letih dan muak dengan masalah begini, kita sudah tidak boleh berdiam diri," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ekoran gesaan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di negeri ini yang mahu kepentingan dan hak bumiputera terus dijaga dengan baik.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/9/2010

Komen penulis: Terus bertindak, jangan cakap sahaja...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan