TERSUNGKUR DI DEPAN MATA...?
Kesombongan dan keegoan peminat bola sepak Indonesia memakan diri. Sikap sombong dan fanatik penyokong-penyokong 'Garuda" terutamanya ketika menentang jiran serumpun iaitu Malaysia akhirnya memalukan diri sendiri. Pasukan bola sepak Indonesia dijinakkan oleh Sang Harimau muda yang garang menangkis serangan lawan dan akhirnya menumbangkan lawan yang dibantu sorakan gila ratusan ribu penyokong, lautan merah segera menjadi bisu, kaku, malu dengan kekalahan yang tidak dijangka. Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia dengan jaringan 1 - 0 walaupun sepatutnya dengan jumlah gol yang lebih banyak jika para pemain tidak mensia-siakan peluang yang terbentang di depan mata.
Padan muka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan