Jurulatih Kelantan, Peter Butler akan meletakkan jawatan..
Khabar tentang kemungkinan Butler akan meletakkan jawatan diberitahu beberapa jam sebelum perlawanan hari Selasa dengan Selangor di Stadium Bukit Jalil dan difahamkan bahawa walaupun Kelantan yang penuh dengan pemain berbakat dan menduduki tempat teratas Liga Super Malaysia, Butler akan meletakkan jawatan lebih awal dari yang dijangkakan kerana terdapat campur tangan pihak atasan Kelantan FA.
Sumber-sumber dari Kelantan telah mendedahkan bahawa Butler yang kini menjadi jurulatih di Kelantan untuk kedua kalinya, sangat tidak senang dengan gangguan dari Presiden Kelantan FA, Tan Sri Annuar Musa dimana beliau telah menandatangani dan membatalkan pendaftaran pemain import tanpa meminta pandangan Peter Butler yang memegang jawatan sebagai jurulatih pasukan.
Tan Sri Annuar Musa yang kini juga Timbalan Presiden Football Association of Malaysia (FAM) dipercayai mahukan peranan yang lebih dalam pemilihan pasukan, dengan sumber-sumber mengatakan bahawa beliau hanya akan mendapat peranan itu jika Butler bukan lagi jurulatih kelab.
Menurut sumber-sumber ESPNSTAR.my, Kelantan sudah memulakan pencarian pengganti Butler dan bekas jurulatih Kelantan Dato’ M. Karathu dikatakan akan kembali menjadi jurulatih pasukan Kelantan.
Pendedahan mengejutkan ini diberitahu hanya beberapa hari selepas Kelantan kembali ke puncak Liga Super Malaysia selepas menang 2-1 dengan Terengganu di Kota Bharu. Kemenangan itu dikatakan berjaya menafikan segala kririkan hebat terhadap kewibawaan Butler sebagai jurulatih.
Kelantan, juara bertahan Liga Super Malaysia masih lagi belum tewas musim ini, menang lima perlawanan dan seri dua kali dalam tujuh perlawanan.
Sumber: KELATE.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan