PILIHANKU

TAJAAN

25 Februari 2012

NERAKA DUNIA SYRIA...?







Korban Syahid rakyat Syria pada Jumaat, 24 Februari ditangan Regim Syiah Nusairi Basyar Assad ialah : 103 orang,termasuk 14 orang kanak-kanak dan sebahagian besarnya adalah daripadanya adalah rakyat awam yang menyertai tunjuk perasaan bagi menghentikan penyembelihan di Baba Amru,Homs. 
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengakui memiliki senarai nama pembesar golongan atasan Syria yang terlibat dalam siri pembunuhan rakyat Syria.
Para aktivis Syria menggerakkan kempen “Bantuan” dari Homs yang telah dikepung dan digempur semenjak 20 hari lalu.
Persidangan “Kawan Syria” yang diadakan di Tunisia hari ini meminta Basyar menghentikan keganasan terhadap rakyatnya. Persidangan ini dihadiri oleh lebih 50 orang pembesar negara yang diketuai oleh Amerika Syarikat, negara Kesatuan Eropah, negara-negara Arab dan Islam lain kecuali Russia dan China yang mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyertai persidangan tersebut.

Sumber: www.pinkturtle2.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan