Gulai kawah sebenarnya sudah lama popular terutama apabila adanya kenduri-kendara. Cuma kini mungkin kerana peredaran masa, gulai kawah mula dikomersialkan. Gulai kawah biasanya dijual untuk hidangan di warung-warung mahupun restoran. Rasanya tidak banyak berbeza dengan gulai kari di dapur kita, cuma cara pembikinannya dengan menggunakan kawah besar serta dapur kayu menerbitkan aura tersendiri....?
RESEPI: | |
Bahan tumis bahagian A halia - dimayang bawang merah 5 ulas- dimayang bawang putih 3 ulas- dimayang Bahagian B buah pelaga 5 biji sedikit cengkih 2 kulit kayu manis 2 bunga lawang lima sudu besar cili boh 2 sudu besar rempah gulai kawah | Bahan C 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia ditumbuk 5 sudu makan serbuk kari 2 sudu makan kerisik sedikit kunyit hidup sedikit lengkuas sedikit belacan sedikit sos tomato 1 keping asam keping sedikit air 1 keping asam keping Bahan utama 1.5 kg daging 1 biji kelapa diambil santan garam secukup rasa gula Ubi kentang (jika suka) |
Cara: | |
Tumis bahan A hingga naik bau, diikuti dengan bahan B di dalam kuali. Bahan C digaul sebati dan kemudian dimasukkan dan dimasak ke dalam periuk yang berasingan,. kemudian masukkan daging, masak biar agak empuk, kemudian barulah dimasukkan santan. Apabila mendidih, masukkan bahan yang ditumis. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Sedia Dihidang!! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan