PILIHANKU

TAJAAN

14 Jun 2010

KAMI PRIHATIN: BERJAYA ATAU TIDAK...?


Assalamualaikum,
Telah beberapa bulan kempen 'kami prihatin' telah dilancarkan. Kempen mulia ini bertujuan untuk memberikan  kesedaran tentang betapa perlunya kita bertanggungjawab menjaga amanah yang dikurniakan oleh Allah. Setiap anak yang bakal ataupun yang telah lahir ke dunia wajib dijaga dan dipastikan keselamatannya. Kempen ini kini semakin sepi dan menyepi.... Masalah pembuangan dan pembunuhan bayi masih berterusan. Dan kejadian sebegini telah meruntun hati insan yang insaf dan sedar. Kenapakah kejadian kejam ini masih gagal dibanteras? Apakah kelemahan di pihak kita?

Pada penulis, selagi kita tidak pergi ke akar umbi masalah pokok ini, selagi itulah bayi yang tidak berdosa akan terus menjadi mangsa. Cuma menanti ketika sahaja. Masalah pokok atau punca permasalahan sosial ini sebenarnya ialah kegagalan kita generasi tua menerapkan pendidikan agama ke dalam jiwa anak-anak remaja, sehingga mereka membesar sebagai manusia yang kosong iman dan kosong jiwa. Pergaulan bebas, pengaruh media negatif yang menggila, kealpaan ibu bapa dan masyarakat serta kelemahan jentera kerajaan dalam membanteras kes ini  menyebabkan kita semua menerima tempias dan balanya.

Marilah kita berganding bahu bersama-sama demi menyelamatkan roh-roh yang tidak berdosa. Kepada remaja yang tersesat, insaflah bahawa jalan keluar masih terbuka. Kembalilah kepada Allah yang maha pengasih dan maha penyayang. Kembalilah kepada ajaran ISLAM!!!!!!





Komen penulis: Bertindak biar cepat dan tepat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan