PILIHANKU

TAJAAN

21 Jun 2010

LAGI BERITA TENTANG ARIEL, LUNA DAN CUT TARI...?

21 Jun 2010


LUAR NEGARA

Polis sahkan orang dalam video seks adalah Ariel Peterpan bersama Luna Maya dan Cut Tari

Lagi ramai selebriti wanita Indon yang terlibat


JAKARTA: Kes bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel, bersama aktres Luna Maya dan Cut Tari bertambah mengejutkan dengan pendedahan sekurang-kurangnya 32 lagi artis didakwa terbabit.

Sementara itu, polis mengesahkan vokalis dan dua pelakon berkenaan adalah pelaku seks membabitkan klip video lucah yang tersebar luas di Indonesia itu.

Ariel kini berhadapan dengan tuduhan merakamkan perbuatan seks bersama dua aktres berkenaan. Sebahagian besar wanita yang ditiduri Ariel itu adalah artis dan selebriti Indonesia, lapor laman web inilah.com yang memetik sumber.

'Ada 32 wanita terbabit merakamkan hubungan mereka dengan Ariel dan mirip selebriti terkenal termasuk Ratu Felisha, Aura Kasih, Andhara Early dan vokalis band SHE, Melly Herlina,' kata sumber terbabit.

Maklumat kebanyakan media Indonesia juga menyebut sebanyak 32 fail membabitkan 23 rakaman video lucah dan sembilan gambar foto Ariel didapati bersama dengan sekumpulan wanita.

Daripada 32 rakaman video terbabit serta lima gambar foto menunjukkan Ariel bersama pasangan yang belum diketahui identiti mereka dan selebihnya adalah adegan Ariel dengan beberapa wanita mirip artis Indonesia dengan pangkal nama bermula dengan huruf RF, AK, AE, MH, KD dan BC.

Khabar angin tersebar di Internet mengatakan Ariel suka mengabadikan adegan seksnya dan menyimpannya di dalam komputernya.

Malang sekali komputer terbabit hilang dan video berkenaan disebarkan orang yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, seorang doktor dilapor turut disoal siasat oleh polis berhubung skandal seks membabitkan selebriti Indonesia.

Bagaimanapun, doktor itu tidak didakwa dengan tuduhan memuat naikkan klip video lucah yang membabitkan penyanyi utama kumpulan Peterpan itu dengan penyampai terkenal televisyen Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari.

Beliau sebaliknya disoal kerana dikatakan bertanggungjawab memadamkan tatu imej ikan lumba-lumba pada pinggul Luna.

Dalam rakaman video berkenaan yang tersebar secara meluas di Internet, seorang pelaku seks wanita yang mirip Luna, juga mempunyai tatu pada pinggulnya.

Imej dan tempat terletaknya tatu berkenaan dikatakan sama dengan yang ada pada Luna, kekasih Ariel ketika ini.

Tatu itu dikatakan menjadi antara bukti untuk menentukan pelaku sebenar video berkenaan. -- Agensi.
Sumber: Cyber Online, Berita Harian Singapura, 21/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan