PILIHANKU

TAJAAN

14 Jun 2010

RGK: ENTITI ELIT TDM...?

Rejimen Gerak Khas (RGK)

Rencana utama: Grup Gerak Khas
Grup Gerak Khas merupakan entiti utama pasukan elit TDM yang paling digeruni. Ditubuhkan pada 1 Ogos 1965 di Kem Majidee, Johor Bharu. Rejimen pada mulanya dikenali sebagai Malaysian Special Service Group (MSSG), dan dalam tahun 1969 telah diperbesarkan menjadi satu Rejimen yang dikenali dengan nama Rejimen Pertama Gerak Khas Malaysia (1 RGKM). Tugas Rejimen Gerak Khas ini ialah menjalankan operasi tertentu secara bebas melalui darat, laut dan udara. Cogankata Rejimen Gerak Khas adalah Cepat Dan Cergas. GGK pernah terlibat dalam beberapa siri operasi berprofil tinggi termasuklah operasi menyelamat pasukan Delta Force dan Renjer Amerika Syarikat yang terperangkap dalam pertempuran di Pasar Bakhara, Moghadishu, Somalia yang mengakibatkan 2 anggota GGK terkorban dalam operasi yang digandingkan bersama Rejimen Askar Melayu Diraja dan tentera Pakistan. RAMD juga turut kehilangan seorang anggotanya dalam operasi tersebut.
Peranan dan tugas
  • Mengadakan Skuadron mencari, melapor, mengharu dan menghancur musuh dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan gerila.
  • Melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran melalui laut, darat dan udara di dalam kawasan yanng dikuasai oleh musuh dan juga mendapatkan maklumat.






1 ulasan:

  1. saya berminat ingin menjadi sebahagian dari rakyat malaysia yang ingin mempertahan kan negara,,,,0163727963 faizal,,,

    BalasPadam