TELUK INTAN: Seorang buruh dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 14 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku salah atas tuduhan merogol anak kandungnya selepas mengikat mangsa berusia 10 tahun dengan tali rafia, bulan lalu.
Hakim Adli Abd Ghalib menjatuhi hukuman penjara maksimum terhadap tertuduh berusia 45 tahun dari Tanjung Malim, Perak, selepas mendengar hujah dan fakta kes dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Suffian Jaafar serta rayuan tertuduh.
Dalam rayuannya, tertuduh berharap mahkamah meringankan hukuman ke atasnya dengan alasan dia perlu menjaga anaknya yang lain serta keluarga mereka juga miskin.
Sumber: Berita Harian Online, 27/8/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan