PILIHANKU

TAJAAN

17 Ogos 2011

KLATE BENAM KL 5 - 0...?

AZAMMUDDIN (kiri) menjalani latihan bersama rakan baru di Kota Bharu. Keserasiannya bersama peledak tempatan melegakan Red Warriors.
penyerang pinjam serasi dengan Mat Yo 
WATAK garang dijelmakan trio penggempur dalam siri persahabatan, baru-baru ini mula meyakinkan Datuk M Karathu betapa juara bertahan, Kelantan sudah menemukan jentera serangan yang harus berfungsi baik dalam kempen Piala Malaysia, musim ini.

Kelibat dua orang penyerang yang dipinjam dari Pahang – Azammuddin Mohd Akil dan R Surendran bersama tonggak skuad Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha ketika membelasah Kuala Lumpur 5-0 dalam siri persahabatan membuatkan ketua jurulatih Red Warriors bertambah lega.

“Mereka ialah pemain berpengalaman. Tidak menjadi masalah kepada mereka mencari keserasian dalam pasukan baru disertai, malah mereka memberi tanda positif ketika ini. 

“Dalam perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur Azammuddin dan Surendran masing-masing menjaringkan satu gol membantu pasukan. Apa lebih menggembirakan Mat Yo (Norshahrul) sudah dapat diturunkan selepas berehat panjang akibat kecederaan,” katanya, semalam. 

Kelantan membuka kempen menentang Sarawak dalam saingan Kumpulan C pada 6 September ini di Kuching. 

Sumber: Berita Harian Online, 17/8/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan