PILIHANKU

TAJAAN

17 September 2011

29 CEDERA LETUPAN DI CHINA...?


BEIJING 17 Sept. - Satu letupan berlaku di sebuah restoran di bandar Chongqing di barat daya China, menyebabkan 29 orang cedera, termasuk dua daripadanya kritikal, semalam.
Letupan tersebut berlaku kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan di restoran 007 di kawasan Fengdu County, lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan seorang pegawai tempatan.
Jelasnya, kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital dan punca letupan masih disiasat. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 17/9/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan