PILIHANKU

TAJAAN

23 September 2011

LELAKI JALANI HUKUMAN PANCUNG...?

RIYADH 23 Sept. - Seorang lelaki warganegara Arab Saudi dikenakan hukuman pancung hari ini  atas kesalahan membunuh, jelas satu kenyataan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Tertuduh yang dikenali sebagai Hamad al-Shahrani didapati bersalah menikam seorang lelaki beberapa kali dengan menggunakan pisau.
Dia dikenakan hukuman tersebut di rantau Asser yang terletak di barat daya negara itu.
Sementara itu, Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Amnesty International menyatakan semalam bahawa negara itu telah melaksanakan sekurang-kurangnya 44 hukuman mati sejak bulan Januari lalu. – AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/9/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan