PILIHANKU

TAJAAN

20 September 2011

KEMBAR SIAM BERJAYA DIPISAHKAN...?



LONDON 19 Sept. - Sepasang kembar siam berusia 11 bulan yang lahir dalam keadaan kepala bercantum berjaya dipisahkan dalam beberapa siri pembedahan di London.
Pertubuhan amal yang berpangkalan di London, Facing the World semalam berkata, kembar siam tersebut, Rital dan Ritaq Gaboura lahir di Sudan dengan keadaan kepala mereka bercantum.
Menurutnya, keadaan Rital dan Ritaq terdedah kepada masalah perubatan yang serius jika tidak dibedah dan ibu bapa kembar itu meminta derma untuk melakukan pembedahan bagi memisahkan kedua-dua anak mereka.
Kedua-dua bayi itu akhirnya dipisahkan selepas menjalani pembedahan di Hospital Great Ormond Street di London pada bulan lepas dan berada dalam keadaan sihat.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 20/9/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan