BERLIN 5 Okt. - Cermin mata milik ketua Nazi, Adolf Hitler adalah antara barangan milik pemimpin diktator itu yang bakal dilelong dalam satu upacara lelongan besar-besaran hujung bulan ini.
Walaupun Hitler jarang-jarang dilihat memakainya kerana menganggap ia sebagai satu kelemahan dan boleh menjatuhkan martabatnya, cermin mata dengan bekas kulit hitam dan tertera nama pakar optik Berlin, Ruhnke itu dijangka akan dilelong pada harga permulaan 5,000 pound (RM24,660).
Antara barangan lain Hitler yang turut akan dilelong termasuklah bekas rokok perak yang akan ditawarkan dengan harga permulaan 9,500 pound (RM46,847).
Sumber: Utusan Malaysia Online, 6/10/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan