JAKARTA 8 Okt. - Sekurang-kurangnya 20,000 orang rakyat Indonesia yang disahkan sakit jiwa dipasung oleh keluarga mereka tanpa diberi sebarang rawatan.
Keadaan ini berlaku kerana keluarga mangsa tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai masalah gangguan jiwa selain faktor kos perubatan yang mahal serta kesukaran memperoleh akses terhadap rawatan perubatan.
"Sikap agresif, tekanan emosi, paranoid dan memusuhi orang lain yang ditunjukkan oleh orang yang sakit jiwa membuatkan masyarakat sekadar memasung ahli keluarga yang mempunyai masalah itu sedangkan ia merupakan gejala penyakit," kata Pengarah Pembangunan Kesihatan Jiwa di Kementerian Kesihatan, Irmansyah.
Menurutnya, masyarakat masih beranggapan gangguan jiwa bukanlah persoalan perubatan, sebaliknya, masalah itu tercetus akibat rasukan syaitan.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/10/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan