PILIHANKU

TAJAAN

14 April 2011

UNDI POS PILIHAN RAYA SARAWAK...?


13 APRIL 2011: Seorang anggota polis wanita menunaikan tanggungjawab membuat undi pos bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching, Sarawak.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 14/4/2011

13 April 2011

SELUDUP UBAT BATUK...?


12 APRIL 2011 - DUA orang warga Thailand yang berjaya ditahan ketika menyeludup 59 botol ubat batuk dan lima kilogram daun ketum dalam serbuan di sebuah pengkalan haram dekat sini. - Utusan

Sumber: Utusan Malaysia Online, 13/4/2011

AMENG SPRING KENA 10 SEBATAN...?


Sabariah Zakaria (dua dari kanan) bebas daripada pertuduhan sementara Ameng dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan 10 kali sebatan atas tuduhan mengedar dadah di Mahkamah Sesyen Melaka, semalam.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 13/4/2011

CHELSEA KANDAS DI SUKU AKHIR...?

Lionel Messi scores the winner against Shakhtar
Messi menjaringkan gol...?

KEPUTUSAN PERLAWANAN SUKU AKHIR LIGA JUARA-JUARA 1/4/2011:-

  • MANCHESTER UNITED VS CHELSEA: 2 - 1 (AGREGAT : 3 - 1)
  • SHAKHTAR D VS BARCELONA: 0 - 1 (AGREGAT : 1 - 6)

KLATE KENA GOMO LAGI...?

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 12/4/2011:-

  • PERAK VS KELANTAN: 4 - 0
  • SABAH VS PERLIS: 2 - 2
  • HARIMAU MUDA A VS K. LUMPUR: 1 - 0
  • T.TEAM VS TERENGGANU: 0 - 1
  • FELDA UNITED VS SELANGOR: 0 - 1
  • NEGERI SEMBILAN VS KEDAH: 0 - 2
  • PAHANG VS JOHOR FC: 0 - 0

12 April 2011

PKNS SEKADAR SERI...?

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA PERDANA 11/4/2011:-

  • PKNS VS POS MALAYSIA: 0 - 0
  • ATM VS SIME DARBY: 0 - 1
  • SARAWAK VS JOHOR: 2 - 0
  • MP MUAR VS USM FC: 2 - 1
  • SDM NAVY VS PDRM: 1 - 2

JURUTERBANG SABAH AIR TERBUNUH...?



SIBU 11 April – Seorang juruterbang yang cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari meninggal dunia pada pukul 8.36 malam tadi.
Insiden itu berlaku sebaik sahaja mangsa menurunkan tiga orang penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Juruterbang, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Sumber: Utusan Malaysia Online, 12/4/2011

KEMPEN PEMBANGKANG DI SARAWAK...?



Sumber: www.pinkturtle2.wordpress.com

GENAP SEBULAN TSUNAMI JEPUN...?

11 MAC - 11 APRIL

Genap sebulan gempa bumi dan tsunami Jepun berlalu, namun sehingga kini:-

  • 15,000 orang masih hilang;
  • 13,000 orang disahkan mati;
  • 22,000 orang askar dikerahkan dalam operasi terbaru mencari mayat;
  • 90 buah pesawat, 50 buah kapal dan bot digunakan dalam operasi;
  • 100 orang penyelam ditugaskan mencari mangsa hanyut;
  • 14,000 orang askar dikerahkan  beroperasi di darat;
  • 80 - 100 mayat ditemukan setiap hari;
  • 150,000 orang mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan;
  • 250,000 buah rumah di utara Jepun masih terputus bekalan air dan elektrik. 

11 April 2011

BERITA BERGAMBAR UTUSAN...?


10 APRIL 2011: Anggota polis mengangkat mayat seorang wanita yang ditemui mati dibunuh dan mayatnya dibakar di dalam semak berhampiran Pantai Sekakap, di Mersing, Johor. - Utusan/NORAZMAN ABD RAHIM


10 APRIL 2011: Juara Grand Prix Malaysia, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull mencium trofi yang dimenangi disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemenang kedua, Jenson Button (McLaren) pada perlumbaan Formula Satu di Litar Antarabangsa Sepang. - Utusan/ASWAD YAHYA


10 APRIL 2011: Para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengangkut barangan keperluan untuk hari pengundian ke dalam sebuah kapal terbang untuk di bawa ke pusat pengundian di pedalaman menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April ini, di Kuching. - Utusan/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN


10 APRIL 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberikan penerangan oleh pemandu Mercedes GP Petronas, Nico Rosberg (dua kanan) tentang stering yang digunakan beliau pada kejohanan Formula Satu Grand Prix Malaysia di Sepang. - Utusan/MOHD NAIM AZIZ


10 APRIL 2011: Hashim Arifin (kiri) bersama anaknya Hishamuddin Hashim (tengah) dibawa keluar selepas mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana bersalah membunuh seorang penarik kereta di Kulim lapan tahun lalu, di Mahkamah Tinggi Alor Setar. - Utusan/KAMAL BASIR

Sumber: Utusan Malaysia Online, 11/4/2011

10 April 2011

KELANTAN MENANG BESAR...?

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER 9/4/2011:-
  • JOHOR VS NEGERI SEMBILAN: 0 - 0
  • KELANTAN VS FELDA UNITED: 6 - 0
  • KUALA LUMPUR VS PAHANG: 0 - 0
  • SELANGOR VS T-TEAM: 0 - 2
  • TERENGGANU VS HARIMAU MUDA A: 3 - 1
  • SABAH VS PERAK: 2 - 1

09 April 2011

HARIMAU MUDA B SERI 0 - 0..?

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA PERDANA 8/4/2011:-

  • SIME DARBY VS PDRM: 0 - 0
  • POS MALAYSIA VS USM FC: 1 - 0
  • MP MUAR VS SDM KEPALA BATAS: 1 - 2
  • PULAU PINANG VS JOHOR: 1 - 1
  • SARAWAK VS ATM: 1 - 1
  • HARIMAU MUDA B VS PKNS FC: 0 - 0

KAP RUMPUT DATANG MENYERAH...?


8 APRIL 2011: Abdul Rahman Abdullah menunjukkan ikan kap rumput seberat 24 kilogram yang ditangkap di Sungai Abi di bahagian belakang rumahnya di Kampung Abi Kubang Badak, Bintong, Kangar. - Utusan

PERSEDIAAN F1 GRAND PRIX MALAYSIA 2011...?


8 APRIL 2011: Pelumba Red Bull, Mark Webber dari Australia memecut laju ketika sesi latihan bebas perlumbaan Formula Satu Grand Prix Malaysia 2011 di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Webber mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan tersebut. - Utusan/ASWAD YAHYA

8 APRIL 2011: Pelumba Ferrari, Fernando Alonso berhenti di pit semasa sesi latihan bebas perlumbaan Formula Satu Grand Prix Malaysia 2011, di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Perlumbaan sebenar berlangsung Ahad. - Utusan/ASWAD YAHYA

Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/4/2011

08 April 2011

GEMPA 7.1 RICHTER LANDA JEPUN LAGI...?


Graphic shows location of latest 7.1 earthquake off the coast of the Miyagi prefecture.

Jepun dilanda gempa lagi

TOKYO 7 April – Jepun hari ini dilanda gempa bumi kuat sekali lagi berukuran 7.4 skala Richter di perairan timur laut negara ini.
Dilaporkan gempa itu berlaku di tempat sama semasa gempa pada 11 Mac lalu berukuran 9 pada skala Richter.
Agensi Meteorologi Jepun turut mengeluarkan amaran tsunami dengan ombak setinggi lebih satu meter dijangka melanda kawasan pantai.
Menurut pegawai, pusat gempa terletak 40 kilometer di bawah laut di luar perairan Miyagi pada pukul 11.32 malam waktu tempatan (10.32 malam waktu Malaysia).
Bangunan sejauh di Tokyo dilaporkan turut bergegar selama beberapa minit.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam laporan awal turut melaporkan gempa berukuran 7.4 magnitud melanda luar pantai timur Jepun, 100 kilometer dari Sendai dan 140 kilometer dari Fukushima.
Beratus-ratus gempa susulan melanda wilayah timur laut Jepun sejak 11 Mac lalu, tetapi hanya sedikit yang mempunyai kekuatan melebihi 7 skala Richter.
Sumber: www.pinkturtle2.wordpress.com

ANTIVIRUS ADENO...?


7 APRIL: Pasukan kawalan perosak menyembur antikuman dalam bilik asrama pelatih pada program gotong-royong membersihkan kawasan Pusat Latihan Polis yang disyaki pembawa virus Adeno di Kuala Lumpur. Tiga pelatih di sini meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut. - Utusan/HAFIZ JOHARI

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/4/2011

AIR ZAM-ZAM TIRUAN...?

Peniaga campur air bukit, telaga

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendedahkan memang ada air zam-zam yang dijual di negara ini dicampur dengan air telaga dan air bukit.
Menurutnya, tindakan yang tidak bertanggungjawab itu dijalankan oleh pihak-pihak swasta yang mengambil air galian daripada sebuah telaga di Pahang dan air bukit di Hulu Yam, Selangor.
"Saya difahamkan, ada kelompok-kelompok individu yang menjual dan mencampurnya dengan air zam-zam ini. Dalam konteks ini, cukup payah untuk mengenal pasti sebab ia air. Sama warna iaitu putih.
"Sekarang bukan sahaja air zam-zam palsu malah telur pun ada yang tiruan di mana sepatutnya telur ini datang daripada binatang yang bertelur," katanya di sini semalam.
Sumber: Kosmo! Online, 8/4/2011

DUA PEGAWAI SPRM DITAHAN TUGAS...?



KUALA LUMPUR – Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur ditahan tugas ekoran kematian seorang pegawai Kastam berpangkat Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat itu di sini kelmarin.
Tindakan terhadap kedua-dua pegawai termasuk seorang pegawai pengiring Ahmad Sarbani itu dibuat bagi tujuan siasatan selepas mereka disyaki melakukan pelanggaran ingkar perintah berhubung pengendalian saksi di pejabat SPRM.
Kedua-dua pegawai itu juga dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa ketika individu tersebut berada di dalam premis SPRM.
“Proses tahanan kerja tersebut dilakukan bagi membantu melicinkan proses siasatan (dalaman),” kata SPRM dalam satu kenyataan semalam.
Menurut SPRM, tindakan penggantungan tersebut dibuat di bawah Peraturan 43, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 iaitu penahanan kerja bagi penyiasatan.
Sumber: Kosmo! Online, 8/4/2011

SIRI KEGANASAN BARU DI SEMPADAN ISRAEL-GAZA...?

ANGKARA SERANGAN BALAS PALESTIN....? 
As many as five people were killed on Thursday in renewed violence along the border between the Gaza Strip and Israel. Dozens more have been injured, medical sources said.
A projectile - which Israeli military officials said was an anti-tank missile - was fired from the Gaza Strip toward Nahal Oz, near Sa'ad in the Sdot region of southern Israel, damaging a school bus.
A 16-year-old boy was severely injured and shrapnel from the explosion hit the bus driver in the leg, said Israeli officials. The rear of the bus was badly damaged and the glass was blown out of its windows.
Israel responded with a series of air strikes, the first of which saw an Apache helicopter target Ash Shuja'iyeh, a suburb of east Gaza. A 50-year-old man was killed and at least six people, including a four-year-old girl, were injured, said Palestinian medics.
Ma'an News Agency named the dead man as Mahmoud Al-Manasra, reportedly killed by the shelling while in his home in the densely packed neighbourhood.
A further two people were killed, and several more injured, in a later air strike which targeted an area near Rafah in the south of the Strip, Al Jazeera's Nicole Johnston reported. Two others also later died, she said. 
Israeli defence minister Ehud Barak ordered the military action, as "he sees Hamas as responsible for every attack originating in Gaza", said a statement from his office.

Sumber: Aljazeera.net, 7/4/2011

ORANG RAMAI BERTEMPIARAN LARI KE JALAN RAYA...?

Gempa bumi skala 6.5 gegarkan Mexico

08/04/2011 4:08am

MEXICO CITY 8 April – Satu gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter menggegarkan kawasan selatan dan tengah Mexico semalam, menyebabkan orang ramai bertempiaran lari ke jalan raya.
Pusat gempa terletak berhampiran bandar Las Choapas, kira-kira 600 kilometer ke tenggara Mexico City.
Bangunan di bandar itu dilaporkan bergegar selama beberapa saat dan orang ramai lari ke jalan raya, sementara pelajar sekolah berkumpul di taman permainan.
Gabenor Javier Duarte de Ochoa bagaimanapun berkata, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan berlaku berhampiran pusat gempa atau di bandar-bandar utama di negara ini. – AFP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/4/2011

07 April 2011

MU KE SUKU AKHIR...?

Wayne Rooney and Chicharito
Rooney meraikan kejayaan MU...?

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN LIGA JUARA-JUARA 6/4/2011:-
  • BARCELONA VS SHAKHTAR D: 5 - 1
  • CHELSEA VS MANCHESTER UNITED: 0 - 1

IKAN YANG PALING DITAKUTI...?


Piranha

Anglerfish

Morat Eel

Tiger Fish

Dragon Fish

Sumber: www.fcukz.co.cc

RAMBUT PALING MAHAL...?



PITTSBURG, Amerika Syarikat - Seorang pemain bola sepak Amerika, Troy Polamalu berusia 29 tahun mendedahkan rahsia rambut uniknya yang memiliki nilai insurans sebanyak AS$1 juta (RM3.02 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Menurutnya, dia mula menyimpan rambut unik itu semasa di zaman pembelajarannya di kolej dan ia kini menjadi sebahagian daripada identitinya.
Polamalu berkata, semasa musim sukan bola sepak, dia syampu rambutnya selang sehari.
"Namun, semasa musim sukan itu berakhir, saya hanya membasuh rambut saya sekali seminggu tetapi saya menggunakan perapi rambut pada setiap hari," katanya.
Sumber: Kosmo! Online, 7/4/2011

DITEMUI TERTIARAP DI GELANGGANG...?

Pegawai kastam disiasat sebagai kematian mengejut

06/04/2011 5:59pm

KUALA LUMPUR 6 April - Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini hari ini, sebagai kematian mengejut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online, 7/4/2011

VIRUS ADENO BAWA MAUT...?


4 APRIL 2011: Sebahagian pelatih perajurit muda yang mengikuti latihan dan kursus Strategi Lautan Biru beratur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di salah satu blok di Kem Pusat Latihan Asas Tentera Darat berikutan adanya jangkitan virus Adeno dan H1N1 di kem itu, dekat Port Dickson. - Utusan/ABD. RAZAK AID

Sumber: Utusan Malaysia Online, 7/4/2011