PILIHANKU

TAJAAN

08 April 2011

GEMPA 7.1 RICHTER LANDA JEPUN LAGI...?


Graphic shows location of latest 7.1 earthquake off the coast of the Miyagi prefecture.

Jepun dilanda gempa lagi

TOKYO 7 April – Jepun hari ini dilanda gempa bumi kuat sekali lagi berukuran 7.4 skala Richter di perairan timur laut negara ini.
Dilaporkan gempa itu berlaku di tempat sama semasa gempa pada 11 Mac lalu berukuran 9 pada skala Richter.
Agensi Meteorologi Jepun turut mengeluarkan amaran tsunami dengan ombak setinggi lebih satu meter dijangka melanda kawasan pantai.
Menurut pegawai, pusat gempa terletak 40 kilometer di bawah laut di luar perairan Miyagi pada pukul 11.32 malam waktu tempatan (10.32 malam waktu Malaysia).
Bangunan sejauh di Tokyo dilaporkan turut bergegar selama beberapa minit.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam laporan awal turut melaporkan gempa berukuran 7.4 magnitud melanda luar pantai timur Jepun, 100 kilometer dari Sendai dan 140 kilometer dari Fukushima.
Beratus-ratus gempa susulan melanda wilayah timur laut Jepun sejak 11 Mac lalu, tetapi hanya sedikit yang mempunyai kekuatan melebihi 7 skala Richter.
Sumber: www.pinkturtle2.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan