10 APRIL 2011: Anggota polis mengangkat mayat seorang wanita yang ditemui mati dibunuh dan mayatnya dibakar di dalam semak berhampiran Pantai Sekakap, di Mersing, Johor. - Utusan/NORAZMAN ABD RAHIM
10 APRIL 2011: Juara Grand Prix Malaysia, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull mencium trofi yang dimenangi disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemenang kedua, Jenson Button (McLaren) pada perlumbaan Formula Satu di Litar Antarabangsa Sepang. - Utusan/ASWAD YAHYA
10 APRIL 2011: Para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengangkut barangan keperluan untuk hari pengundian ke dalam sebuah kapal terbang untuk di bawa ke pusat pengundian di pedalaman menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April ini, di Kuching. - Utusan/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN
10 APRIL 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberikan penerangan oleh pemandu Mercedes GP Petronas, Nico Rosberg (dua kanan) tentang stering yang digunakan beliau pada kejohanan Formula Satu Grand Prix Malaysia di Sepang. - Utusan/MOHD NAIM AZIZ
10 APRIL 2011: Hashim Arifin (kiri) bersama anaknya Hishamuddin Hashim (tengah) dibawa keluar selepas mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana bersalah membunuh seorang penarik kereta di Kulim lapan tahun lalu, di Mahkamah Tinggi Alor Setar. - Utusan/KAMAL BASIR
Sumber: Utusan Malaysia Online, 11/4/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan