SIBU 11 April – Seorang juruterbang yang cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari meninggal dunia pada pukul 8.36 malam tadi.
Insiden itu berlaku sebaik sahaja mangsa menurunkan tiga orang penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Juruterbang, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Sumber: Utusan Malaysia Online, 12/4/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan