PILIHANKU

TAJAAN

15 Jun 2010

SITUASI POLITIK SELATAN THAI...?

PERGOLAKAN SELATAN THAI 


Ketika masyarakat dunia terpalit dengan kemelut krisis ekonomi, berlaku peristiwa yang setelah sekian lama berlarutan iaitu pergolakan di Selatan Thailand. Kesinambungan pemerintahan Perdana Menteri Thailand yang baru iaitu Abishit tampak masih lagi gagal dalam mengawal pergolakan yang semakin meruncing sehingga mengakibatkan korban jiwa terus berlaku.

Masyarakat Islam di Selatan Thai masih lagi dibelenggu kesusahan, ketakutan dan kemiskinan sehingga ke hari ini akibat tiada usaha yang berkesan oleh pihak kerajaan bagi menangani kemelut itu. Harapan utama mereka sudah semestinya ingin memperoleh kemerdekaan di tiga buah wilayah selatan iaitu Yala, Patani dan Narathiwat. Namun Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani atau PULO yng dibentuk pada 1969 dan menjadi kumpulan pemberontak terbesar di selatan Thailand sejak dua dekad lalu dilihat lebih banyak membawa kekusutan ke arah rundingan damai dan gencatan senjata yang pernah diwaar-warakan sebelum ini.

Masyarakat di Selatan Thailand terus meletakkan harapan yang tinggi agar usaha damai akan berlaku  antara pihak kerajaan dengan masyarakat Islam di tiga wilayah itu supaya tragedi sadis yang pernah berlaku di Takbai suatu ketika dahulu tidak berulang. Walau apapun telahan, tanggapan dan juga harapan masyarakat dunia lain untuk melihat keamanan di tiga wilayah itu terlaksana, kita sebenarnya harus bersama-sama memikirkan alternatif terbaik bagi merealisasikannya dan bukan sekadar 'memandang sebelah mata' atau hanya cuma 'melepaskan batuk di tangga'.
ANTARA TRAGEDI MENYAYAT HATI DI SELATAN THAI
























Sumber: Ubah suai daripada @sebijak Minda Berfikir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan