POLIS mengangkat jenazah Kelsom (gambar kecil) selepas dirempuh van di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, semalam.
Dalam kemalangan berasingan di Kampung Atas Tol, di sini jam 10 malam kelmarin, Mohd Saiful Azhar Wahab, 28, maut apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah motosikal lain selepas mangsa yang bekerja sebagai buruh dalam perjalanan dari Kampung Pengkalan Setar untuk pulang ke rumahnya di Kampung Buluh Gading.
“Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa melanggar sebuah motosikal lain yang melintas jalan. Mohd Saiful Azhar meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke HSNZ untuk bedah siasat. Bagaimanapun, penunggang motosikal berasingan hanya cedera ringan,” katanya.
Kejadian ketiga pula membabitkan seorang lelaki, Zaid Ngah, 46, dari Kampung Jeram, Tepoh, yang maut selepas motosikalnya terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal lain di Jalan Tuanku Mizan di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal, jam 2.45 pagi semalam.

Sumber: Berita Harian Online, 28/11/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan