AFC sedia kaji ‘aksi’ Williams
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
2010/11/15
KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) akan mengkaji mutu pengadilan perlawanan Kumpulan A membabitkan perlawanan antara Malaysia dengan China dalam Sukan Asia Guangzhou 2010 kelmarin.
Perkara itu dilakukan selepas menyaksikan pemain negara menerima tiga kad merah, selain lambakan kad kuning dan dibolosi tiga gol dalam perlawanan itu.
Timbalan Setiausaha Agung AFC, Hassan Al-Sabah berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perlawanan itu.
"Setakat ini kami masih belum menerima apa-apa maklumat mengenai perlawanan itu dan akan mengkaji mutu pengadilan terhadap pengadil perlawanan dari Australia, Ben Williams," katanya enggan mengulas lanjut.
Dalam perlawanan kelmarin pasukan negara dibolosi pada minit ke-62, minit ke- 66 dan 83 sejurus tiga pemain negara iaitu Mahalli Jasuli, Safiq Rahim dan K. Kunalan dilayangkan kad merah.
Dalam perlawanan itu, pengadil perlawanan juga dilihat seperti berat sebelah apabila banyak melayangkan kad kuning walaupun rata-rata pemain tidak melakukan kekasaran dalam permainan.
Sumber: Berita Harian Online, 15/11/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan