Ariel dibicara kes video lucah di Bandung
2010/11/19
JAKARTA: Selepas menghabiskan masa beberapa bulan dalam penjara, penyanyi utama Peterpan, Nazril 'Ariel' Irham akhirnya akan dibicarakan di Bandung, kata pemangku Peguam Negara (AGO), Darmono.
“Kes Irham atau Ariel diserahkan kepada mahkamah. Sejak dakwaan jenayah itu berlaku di Bandung, perbicaraan akan diadakan di mahkamah di sana,” katanya kelmarin, tanpa memberi tarikh sebenar.
Bagaimanapun, sumber berkata, perbicaraan tertutup akan bermula Isnin depan.
“Biasanya perbicaraan kes berkaitan pornografi tidak dibuka kepada umum,” kata sumber AGO, yang enggan dikenali.
Ariel dilaporkan tidak didakwa kerana merakam hubungan seksualnya dengan selebriti dikenal pasti polis sebagai Luna Maya dan Cut Tari, oleh sebab pendakwa gagal mencari peruntukan undang-undang sesuai untuk mendakwanya.
Sebaliknya, dia akan berdepan dakwaan mengagihkan bahan lucah, yang haram mengikut Undang-undang Anti-Pornografi 2008.
Sumber: Berita Harian Online, 19/11/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan