PILIHANKU

TAJAAN

21 November 2010

TUAK KLATE TAK MABUK...?



AIR TUAK PENYEJUK TEKAK...?

Air Tuak?

Tuak kelapa merupakan sejenis minuman popular di Pantai Timur, khususnya di Kelantan. Biasanya tuak ini dihasilkan daripada kerja menyadap mayang kelapa yang terpilih. Mayang kelapa akan dipotong dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akan dikumpulkan di dalam bekas, biasanya bekas buluh. Air ini dikenali sebagai air tuak atau air nira yang boleh diminum tanpa kandungan alkohol.
Harus diingat, air tuak yang diminum di Kelantan bukanlah air nira yang diperam semalamam sehingga menjadi masam. Itu haram hukumnya. Air minuman tuak biasanya disediakan secara segar, selepas diambil dari bekas buluh dan lebih enak jika dicampurkan dengan ais.
Air tuak lebih popular dan digemari ramai terutamanya pada bulan Ramadan kerana dijadikan sebahagian juadah berbuka.

1 ulasan: