PILIHANKU

TAJAAN

14 November 2010

ESTROGEN PENYEBAB OBESITI...?



Apabila usia meningkat maka paras hormon turut merosot. Hormon yang penting bagi lelaki ialah testosteron, DHEA dan juga hormon GH (growth hormone). Selain itu hormon tiroid (T3 dan T4) juga penting kerana ia membolehkan aktiviti metabolisme menjadi lancar. Tanpanya seseorang akan menjadi gemuk dan sukar kurus meskipun mengamalkan diet yang ketat.
Estrogen merupakan hormon yang banyak dihasilkan oleh lemak kita. Tidak kira lelaki atau wanita semuanya mempunyai hormon estrogen di dalam tubuh bagi aktiviti tubuh kita. Sedikit hormon estrogen adalah penting tetapi apabila sel lemak meningkat ia turut menghasilkan hormon yang tidak berkualiti (bad estrogen). Hormon jenis ini hanya akan bersifat mengumpul lemak sahaja. Ini bermakna lemak yang sedia ada akan memanggil lemak-lemak baru dan akhirnya kuantiti lemak menjadi banyak. Justeru hormon estrogen terdapat dengan banyak di dalam tubuh kita. Kekurangan hormon lain membuatkan estrogen semakin banyak sehingga kita menjadi sukar untuk kurus semula.

Sumber: Utusan Online, 14/11/2010

1 ulasan: