Pesawat PBB terhempas, 32 maut
05/04/2011 3:40am
KINSHASA, 5 April – Sebuah pesawat milik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhempas ketika cuba melakukan pendaratan di lapangan terbang di ibu negara Congo, Kinshasa hari ini dan menyebabkan sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh, kata pihak berkuasa.
Menurut pegawai Kementerian kesihatan Congo, Joseph Kiboko berkata, pesawat tersebut dipercayai hilang kawalan akibat angin kencang ketika melakukan pendaratan.
Kiboko memberitahu Reuters sekurang-kurangnya 32 daripada 33 orang penumpang termasuk tiga orang anak kapal terkorban dalam nahas itu. – Reuters
Sumber: Ubah suai dari Utusan Malaysia Online, 5/4/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan