PILIHANKU

TAJAAN

31 Mei 2010

GURU: Profesion pilihan...?


Guru lepasan ijazah jadi rebutan







KOTA BHARU 30 Mei - Bidang perguruan semakin mendapat perhatian masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda apabila jumlah siswazah yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kian bertambah.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya menerima 40,000 permohonan KPLI setiap tahun iaitu jumlah yang sangat ramai.
''Selain siswazah, KPLI turut menjadi buruan golongan yang telah bekerja dan sanggup melepaskan jawatan sebagai peguam, jurutera, pegawai eksekutif dan pensyarah bergaji lebih lumayan untuk menjadi seorang guru.
''Perkembangan ini amat menakjubkan kerana mereka sanggup mengorbankan kerjaya yang telah diterokai dan melepaskan gaji tinggi semata-mata menjadi seorang guru," katanya.

Sumber: Ubah suai daripada Utusan Online, 31/5/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan