PILIHANKU

TAJAAN

27 Mei 2010

MANUSIA SEMAKIN KEJAM...?


Mayat bayi lelaki tertanam...?

Keadaan mayat bayi lelaki yang ditemukan ditanam berdekatan Stesen Komuter Padang Jawa, Klang kelmarin.


SHAH ALAM - Dua orang lelaki terperanjat apabila melihat pancutan darah ketika mereka sedang menggali longgokan tanah yang rupa-rupanya tertanam mayat seorang bayi lelaki cukup sifat berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini kelmarin.
Mayat bayi dibaluti kain putih yang ditanam sedalam kira-kira 0.5 meter itu ditemui pukul 9.15 malam selepas kedua-dua mereka dimaklumkan mengenai penemuan longgokan tanah yang kelihatan seperti kubur oleh seorang pekerja Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Ketua Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Mukim Bukit Raja, Kapten Roslan Yahya memberitahu, dia terus mengajak seorang sukarelawan polis, Nor Sharijan Mohd. Yusof untuk menggali tanah itu sebaik dimaklumkan mengenai penemuan tersebut.
"Ketika kami sedang mencangkul tanah tersebut, kami berdua terperanjat besar apabila ternampak pancutan darah dan selepas menggali sedalam 0.3 meter, kami nampak mayat bayi itu yang dibalut dengan kain lampin putih.
"Selepas diamati, bayi tersebut masih bertali pusat serta mempunyai anggota badan yang sempurna. Kami kemudian memaklumkan mengenai penemuan itu kepada polis," katanya di sini semalam.
Ubah suai daripada Kosmo 27/5/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan